Thursday 31 March 2016

8 Tips Minum Air Banyak

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Saya suka baca sharing dari Dr. Zubaidi. Banyak info kesihatan yang sangat bermanfaat untuk kita cakna dan amalkan. Pagi ni tertarik dengan post beliau mengenai kepentingan air untuk manusia:

Jom baca. :-)

"Nearly 60 percent of the average human body is made up of water. In many ways, we are water. Three-quarters of the brain and heart are made up of water, 83 percent of the lungs are water

Drinking enough water each day, then, is way more important than it seems. Water lubricates bones and joints, regulates body temperature, and nourishes the brain and spinal cord. Without water, you’d quickly lose energy, see a drop in mood and blood pressure, and feel your skin getting drier.

Chronic dehydration, which refers to not drinking enough water over a long period of time, can contribute to disorders like diabetes, weight gain, skin problems, high cholesterol, high blood pressure, digestive issues, fatigue, and constipation.

Hydration is something to take seriously, though we probably often go through every day never realizing how dehydrated we are.

When your body gets dehydrated, sensory receptors in the brain’s hypothalamus — an area that’s referred to as the thirst center — signal release of an anti-diuretic hormone. This hormone reaches the kidneys and triggers aquaporins, special channels that allow blood to retain more water, making less water leave your body. This causes darker urine when you pee. Dehydration can have an impact on many parts of your body; it can cause fatigue, lowered cognitive function, mood issues, a drop in blood pressure, and skin moisture.

A dehydrated brain actually shrinks due to lack of water, and it has to work harder to accomplish the same as a hydrated brain. In fact, the brain activates coping mechanisms to maintain function in extreme dehydration, though this can only last so long: If you stop drinking water completely for days, your body will experience even more severe effects and eventually death

So if dehydration can have such negative effects on our bodies, how much water should we really be drinking each day? 

According to 2013 data, some 75 percent of Americans likely suffer from chronic dehydration. Previously, scientists encouraged people to drink eight glasses of water per day, but the amount of water we should drink every day depends on our weight and environment: 

  • around 2.5 to 3.7 liters of water for men, and 
  • 2 to 2.7 liters of water for women

Increasing your water intake by just 1 to 3 cups per day could boost your ability to maintain your weight, cut calories, and stick to a healthy diet, according to a recent study. Not to mention it will help you focus, stay energized, and prevent the long-term adverse effects of chronic dehydration."
.
.
.
.
Penting kan air ni?

Even Prof Muhaya pun selalu sebut masa sharing di slot Warna Pagi IKIM fm:

"bila badan panas, nak hilangkan suhu kena minum air",

"nak elak heat stroke kena minum air...".

So bagi mereka yang susah sangat nak minum air tu, cepat-cepatlah insaf. Start minum air sebelum kesihatan dan diri anda terancam. 

Minum air.

Minum air.

Minum air.

Susah?

Minum air terus nak muntah??

Meh saya share tips:

8 cara nak tingkatkan selera minum air dengan cara yang sihat dan selamat:

#1 Minum Jus Sayur


Ini Prof Muhaya yang cadangkan. Setiap kali bersiaran di slot Warna Pagi IKIM fm, beliau selalu sebut. Instead of jus buah-buahan, kita gantikan dengan jus sayur. Ia lebih sihat, sebab kurang gula dan kaya dengan fitonutrien. Boleh baca kat sini 50 lagi Tips Kesihatan dan Kehidupan dari Prof Dr Muhaya.


#2 Minum Air Vivix


Ini yang selalu saya buat kalau kehabisan stok sayur dan buah dalam fridge. Saya suka Vivix ni sebab ianya sangat berkhasiat dan pekat. Saya titis sikit je dalam air, air kosong tadi bertukar warna dah jadi macam air jus delima. Prof Muhaya kata air masak atau air kosong kalau minum saja-saja macam tu tak ada nutrisi. So kalau saya tak dapat atau tak sempat nak blend buah dengan sayur, saya campurkan je Vivix dengan air.

Vivix ni pun ada fitonutrien. Ia adalah minuman campuran botani, gabungan dari 4 jenis tumbuh-tumbuhan: Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries, dan Purple Carrot, yang mana ianya sangat bagus untuk manfaat seperti:

  • menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
  • membantu menghalang risiko kanser
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan komplikasi pesakit diabetes
  • menyokong kesihatan sendi
  • mengurangkan insiden penyakit Alzheimer
  • membantu kawalan berat badan
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • meningkatkan kesihatan mata
  • menyokong kesihatan keseluruhan
  • membaiki DNA yang rosak disebabkan merokok dan kesan terdedah kepada toksik

#3 Minum air Performance


Yang ni pun saya suka. Senang nak sediakan. Untuk mereka yang suka minum air isotonik, dan air manis dengan 'alasan' untuk tambah energy, bolehlah berjinak-jinak dengan Performance Drink. Ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. Jumlah kepekatan karbohidrat sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan dan tubuh kita akan lebih cergas dan kurang penat.

Minuman ini sesuai diminum seisi keluarga, termasuklah:

  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif
  • Mereka yang nak berpuasa
  • Pesakit gout
  • Mereka yang kurang minum air (dehidrasi)
  • Mereka yang sering sakit kepala atau migraine
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami demam
  • Mereka yang terasa macam nak demam
  • Mereka yang mengalami masalah diarrhea (cirit-birit)
  • Meraka yang mengalami keracunan makanan, muntah-muntah
  • Mereka yang diserang demam denggi

#4 Minum Air Infused


Haa yang ni saya pernah share lama dulu. Boleh baca dekat entry 5 Perkara Kena Ambil Tahu Tentang Infused Water. Saya suka air ni sebab colourful. Instead of air kosong, kita rendamkan, campurkan sekali beberapa potongan buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-duanya sekali. Lagi banyak warna, lagi menarik, lagi sihat. Berselera nau nau nak minum. Sambil minum sambil kunyah. Air habis, kita refill lagi. 


#5 Gunakan Botol Air Cantik-Cantik


Tips ni lebih kepada teknikal. Lumrah setiap manusia senang tertarik dengan benda yang kita suka. Bila suka, kita selalu nak dekat. Bila suka, kita mesti nak beli. Same things untuk kita apply dalam usaha nak galakkan kita minum air selalu. Daripada pakai botol air RM1 ke RM1.20 tu, apa kata tukar pakai botol sendiri. Bermacam corak, pelbagai bentuk. Hari ni bawa botol gemuk, esok bawa botol dinosaur, esok pula pakai botol mickey mouse dan sebagainya. 

Dan sebenarnya cara ni lebih jimat. Daripada beli mineral water yang harganya tertakluk kepada tempat dan kawasan, atau secawan air suam yang tak tahu bersih ke tidak, baik bawa sendiri air dari rumah. Bila habis, kita refill je guna air yang dah siap tapis kat ofis. Tu kan lebih jimat. :-)


#6 Buat Jadual Minum Air


Yang ni sesuai sangat untuk mereka yang super duper bzbee sampai lupa nak minum air. Dia punya sibuk kalah perdana menteri tu. Air pun boleh lupa nak minum. Dahsyat dahsyat. Mereka yang alami masalah ni bolehlah buat jadual untuk minum air. Teknologi pun dah makin canggih sekarang ni. Hampir setiap orang ada sekurang-kurangnya 1 smartphone. Boleh download apps macam Water Drink Reminder, Hydro Coach, Water Tracker, Waterbalance, banyak lagi lah. Cari dekat Play Store. Pilih je mana yang kita rasa senang nak guna.


#7 Sediakan Stok Air


Cara ni bagi mereka yang malas nak bergerak. Kononnya khusyuk buat kerja. Tak pun terasa jauh nak pergi ambil air kat dapur atau kat pantry. Sebelum kita 'park' atau 'port' kat sesuatu tempat (contoh: ofis, depan TV, dekat kebun, dalam kereta, dan lain-lain), buat siap-siap stok air minuman. Letak 2 ke 3 botol besar (2 ke 3 liter), bergantung pada kesesuaian tempat dan keadaan, serta cara mana kita nak minum.

Kalau dalam ofis, bolehlah letak botol air besar-besar kat bawah meja, senang nak refill. Tapi kalau dalam kereta, kalau guna botol besar, macam mana la nak minum. Dah la air dah habis, 'tak rajin' pula nak singgah R&R, jadi siapkan air dalam botol-botol kecik. Senang nak pegang, senang nak capai.


#8 Tampal Poster


Dah kenapa nak tampal poster? Bukan suruh letak poster artis. Letak poster kesan dan akibat kekurangan air. Ada sesetengah orang, dia hanya sedar bila nampak depan mata. Bila tengok, baru teringat. Golongan macam ni bagus kalau ada poster atau nota-nota reminder depan mata. Bila ada reminder depan mata, baru ingat nak minum air. Carilah dekat Google, banyak je pilihan. Nak kreatif lagi, buat sendiri. Baru dekat di hati, sebab effort sendiri. :-)


Tu je kot rasanya yang teringat nak share. Kalau sahabat-sahabat ada tips lain dan mungkin pengalaman sendiri, boleh share sini untuk manfaat bersama, in shaa Allah.

Water is essence of life, don't forget to make it a part of yours!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: