Tuesday 5 January 2016

Usia & Nyawa

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah ...


Usia menginjak dari sehari ke sehari. Dari satu menjadi dua. Dari sedigit menjadi dua digit. Dari sepuluh, bertambah jadi dua puluh, kemudian tiga puluh dan seterusnya. 

Kita rasa diri kita tua bila selak rambut jumpa uban.

Kita rasa diri kita menua bila nak bangun dari duduk perlu berpaut dan menongkat.

Kita rasa diri kita menua bila semakin banyak penyakit datang bertamu.

Apabila penyakit banyak bersarang dalam badan. Kita sedih. Putus asa, putus harap. Tak nak usaha, tak mahu ikhtiar. Janganlah begitu. Nyawa dan usia bukan milik kita. Haram mendoakan kematian sendiri. Doalah, mohon kesembuhan, mohon dipanjangkan usia. Tidak salah pun nak doa panjang usia. Tapi pastikan niatnya betul; untuk berbakti dan membuat kebajikan.

Ada usia diberkati Allah. Ada usia dibenci Allah. Nak umur barakah, jangan kedekut buat kebaikan.


Allah tak pernah tolak kebaikan.

Usaha. 

Ikhtiar.

Jangan putus harap.

فاذا عزمت فتوکل علی الله

Apabila engkau telah menetapkan keazaman, maka bertawakkallah kepada Allah.

(Surah Ali Imran:159)

Selepas ikhtiar, berdoalah pada Allah. Banyakkan solat. Lamakan sujud. Allah Maha Mendengar. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk diri setiap hamba-hambaNya.

Sabarlah. Allah kan ada.



Ya Allah ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng (ishmah) urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala kejahatan! 

(HR. Muslim)

Saya doakan agar Allah sentiasa memberkati usia saya dan sahabat-sahabat semua dalam kebajikan, dan rahmat Allah.

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: