Thursday 21 January 2016

Jom Derma Darah!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat kesayangan Allah.

Pernah derma darah?

Dulu masa pengalaman pertama nak derma darah, rasa takut sangat. Normal lah. Takut dekat jarum. Takut rasa sakit dan sebagainya. Tapi bila dah buat, tak adalah sakit sangat pun. Sakit gigi lagi sakit dari rasa sakit kena cucuk jarum. Kan? :-)

Sahabat-sahabat tahu tak, statistik yang disediakan oleh Pusat Darah Negara mencatatkan hanya 3% daripada penduduk negara menderma darah. Peratusan ini sangat jauh daripada apa yang disasarkan oleh pusat tersebut.


450 ml darah yang diambil dari penderma darah mampu menyelamatkan 3 nyawa pesakit yang memerlukan pemindahan darah.

Mungkin ramai lagi tak sedar perkara ni: derma darah boleh menyelamatkan nyawa ramai orang, dan anda perlu tahu dengan menderma darah juga boleh menyelamatkan nyawa kita juga. Jadi, belajarlah memberi untuk menerima.


8 Sebab Utama Untuk Menderma Darah

Mengurangkan berat badan

Rakyat Malaysia memang suka menjamu selera. Tetapi apabila berat badan mula meningkat, anda seharusnya berasa bimbang. Dengan menderma darah, anda membakar 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat untuk setiap pain darah yang didermakan. Anda hanya perlu baring sahaja. Cara bijak mengurangkan berat badan tanpa senaman! 

Pemeriksaan kesihatan percuma 

Petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan ringkas. Mereka boleh memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi. Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya. 

Wad hospital kelas 1

Jika anda dimasukkan ke hospital untuk apa jua sebab, anda mengharapkan keselesaan semasa menerima rawatan. Di Malaysia, jika anda menderma darah untuk sebilangan kalinya, anda layak menerima rawatan percuma di wad hospital kelas pertama. Syaratnya, anda menderma darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya. 

Vaksinasi Hepatitis B 

Ancaman Hepatitis B adalah sangat berbahaya – ia boleh merosakkan hati anda dan merupakan 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Kini, 1.4 juta rakyat Malaysia didapati menghidapinya. Ambillah langkah bijak untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B. Jika anda menderma darah sebanyak dua kali setahun, anda akan mendapat vaksinasi secara percuma! Tawaran ini sah untuk pendermaan darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya.


Menambah sel darah

Menderma darah mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Ia umpama menekan butang ‘reset’ pada tetapan pelayar Internet anda. Tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Suatu ‘pembaharuan’ yang menyegarkan!

Mengurangkan risiko kanser

Kanser adalah penyakit yang paling digeruni oleh semua orang. Jumlah kes kanser didapati semakin meningkat di Malaysia, iaitu daripada 32,000 kes baharu pada tahun 2008 hingga 37,400 pada tahun 2012. Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar. Tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal mengelakkan sesalan di kemudian hari. 


Mengurangkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia sejak 30 tahun lalu. Namun kita masih ada harapan. Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Begini caranya. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda. 

Menyatukan kita semua

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah. Ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan. 

Sumber: www.astro.com.my 







Tapi doktor pesan, sebelum nak dermah darah kena pastikan dulu badan kita dalam keadaan sihat. Sebelum nak bantu orang lain, kita bantu badan kita dulu. Persiapkan diri yang 'fit' untuk bantu mereka yang memerlukan. Jaga pemakanan. Ambil suplemen yang bersesuaian dan selamat.


Jom derma! Nampak ada booth derma darah berhampiran kita, azam untuk singgah dan derma. 



Give some blood. Share the love.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: