Saturday 5 December 2015

Istimewanya Shaklee!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Alhamdulillah dapat juga join sesi sharing semalam. Awalnya rasa macam 'bercinta' juga nak ke sana. Bukan malas tapi lebih kepada risau sangkut dalam jammed. Tengok kat poster, program start pukul 8. Dalam otak ligat berfikir, sempat ke tak, sempat ke tak.

Penyebab kuat yang buatkan rasa nak sangat datang program (semalam) bila terperasan tajuk yang akan disampaikan oleh Master Nurazlina:

"Langkah menjadi Supervisor"

Memang kena sangat tajuk tu dengan saya. Terasa macam program tu khas untuk diri sendiri. Bisik kat diri, "macam mana sekalipun, aku kena pergi."

Pasang niat dalam hati:

"Ya Allah andai benar Kau izinkan aku pergi program malam ni, permudahkanlah segala-galanya."

Sangat benarlah aturan Allah memang sangat sempurna.

Balik dari kerja, saya baru sampaikan hasrat nak ke program pada kakak. Risau juga kalau kalau dia ada plan lain malam tadi. Surprisingly kakak setuju. Selepas selesai solat, lebih kurang 7.35 malam kami gerak, 7.50 kami sampai di Shaklee Home Office.

Allah Allah Allah ... alhamdulillah mudah sangat perjalanannya. Rezeki Allah nak bagi. Dapatlah dengar perkongsian hebat dari orang yang hebat.

Sejak saya join Shaklee, inilah kali pertama pergi program Shaklee di Sunway masa hari bekerja. Seronok sebenarnya dapat attend program-program yang Shaklee anjurkan. Rasa macam reward diri dengan sesuatu yang special- dapat kenal lebih mendalam mengenai Shaklee;
  • pengasasnya,
  • sistemnya,
  • environment ofisnya, 
  • pakar nutrisinya,
  • produk-produknya
  • *reward yang ditawarkan (cash, percutian dalam dan luar negara, umrah dan lain-lain)

Dan yang paling menarik, dapat jumpa dan kenal dengan ramai leaders yang tak pernah lokek ilmu.

Macam program ni, salah seorang dari speaker jemputan bukanlah dari barisan upline saya pun. Jika difikir logik akal, buat apa 'mak' nak didik anak orang lain (kecuali lah 'mak' tu cikgu tadika atau guru sekolah). Tiada kepentingan apa-apa pun. Baik bagi tumpuan sepenuhnya pada 'anak-anak' sendiri, kan?

Itulah istimewanya Shaklee.

Sharing knowledge tak mengira level dan susur galur siapa. Apa yang mereka ada; ilmu, tips, teknik berniaga, apa sahajalah pasti diorang akan share. Tak dapat bertentang mata, mereka akan initiate kelas dalam whatsapp, telegram dan apa sahaja medium. Setiap ruang dan peluang pasti dimanfaatkan sebaiknya.

Memang untung jadi SID. Hanya kosongkan minda dan tadah semua ilmu yang diberikan. Kemudian, praktis sampai berjaya. Lepas berjaya, kita pula yang share. Orang tak kedekut ilmu, kita pun jangan kedekut.

Semoga ada ganjaran terbaik untuk mereka semua.

Semoga suatu hari saya boleh jadi seperti mereka.


Terima kasih kak Aina for bringing me in! <3

*Nota:
---------
Terbaru ni, Shaklee akan menaja percutian ke Bangkok khas untuk rank Supervisor dan Senior Supervisor sahaja. Tawaran super awesome ni hanya dibuka sepanjang bulan ini sahaja. Peluang terbuka untuk semua!

Kalau ada yang rasa nak reward diri, nak bercuti jauh-jauh tapi tak cukup 'ongkosnya' (duit), jom daftar jadi member Shaklee sekarang. Sempat lagi nak kejar naik rank Supervisor. Mana tahu anda salah seorang daripada peserta rombongan!

Jom ke Bangkok!~

Hubungi saya untuk ketahui cara-caranya.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: