Sunday 13 December 2015

15 Resipi Masker Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Lamanya tak buat masker. So malam ni merajinkan diri bancuh ESP dengan Sustained Release Vitamin C. Tak susah pun cuma kena buang 'miim aliif laam siin'.

Apa bahan-bahannya?
  • 1/3 tablet Vitamin C (Sustained Release), iaitu 1 biji dipatahkan kepada 3 bahagian, 2/3 lagi boleh disimpan untuk bancuhan masker seterusnya).
  • 1/2 sudu besar ESP
  • 3 sudu besar air kosong (untuk bancuhan yang tidak cair dan tidak terlalu pekat)


Macam mana nak buat?
  • Tumbuk halus 1/3 vit C tadi atau pun boleh juga dilarutkan dalam air sehingga kembang. 
  • Selepas vit c kembang, campurkan ESP.
  • Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Sapu bancuhan masker pada muka secara rata dan biarkan masker kering (cadangan durasi: 20-30 minit atau semalaman).
  • Bilas muka dengan air suam, atau boleh juga kopek masker tersebut sebelum basuh muka.

Kesan selepas buat beberapa kali, kulit wajah rasa lebih tegang, segar dan cerah. Boleh amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sebenarnya bukan dua suplemen ini (ESP dan Sustained Release Vitamin C) sahaja boleh dimanfaatkan sebagai masker, Ada banyak lagi produk Shaklee boleh dijadikan masker:

1. ESP sahaja.

2. Vitamin C sahaja.

3. Vitamin E sahaja.

4. Alfalfa Complex sahaja.

5. Vivix sahaja.

6. ESP dan yogurt.

7. ESP dan Alfalfa Complex.

8. ESP dan Vitamin E.

9. ESP dan Vivix.

10. Collagen Powder dan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

11. Vitamin E dan Vitamin C.

12. Collagen Powder dan Vivix. 

13. Vivix, Vitamin E, Collagen Powder, dicampur dengan air atau Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

14. Vitamin C dan Collagen Powder.


Nota: Bancuhan masker yang dicadangkan ini menggunakan suplemen Shaklee sepenuhnya. Andai customer atau pembaca artikel ini ingin mencampurkan produk Shaklee dengan brand lain untuk dijadikan masker, sejujurnya saya tidak pasti akan keberkesanannya.

Happy trying!~ :-) 











Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: