Tuesday 3 November 2015

Motivasi Jatuh Cinta pada Shaklee

Bismillah wa alhamdulillah..

Menjenguk group facebook Master-Master hebat dalam Shaklee, menemukan saya dengan perkongsian ini. Sangat terinspirasi dan termotivasi. Saya kongsikan di sini, mana tahu ia juga boleh memberikan inspirasi kepada sahabat-sahabat pembaca semua.

Sharing is caring.

Jom baca.

.........................

Dari Master Norita ('super duper' upline saya)

Mengapa saya begitu yakin ?

Untuk bertahan selama 17 tahun dalam Shaklee tanpa bisnes lain jujurnya saya beritahu kuncinya ialah saya yakin dengan 3 perkara :

1. Produk
  • Produk Shaklee berkualiti dan harga yang dibayar adalah setanding. Malah ada banyak produk yang claim mereka bagus dengan harga yang mahal tetapi kesannya tidak seperti yang mereka [pengguna itu] harapkan.
  • Produk Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan.

2. Sistem
  • Sistemnya adil. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Pembayaran bonus yang tak pernah tertunda malah sentiasa membayar pada semua SID walau masa ekonomi gawat 2007. Kami lalui dengan biasa dan terus bertahan.

3. Nilai selepas jualan [Value after sale]
  • Melalui Shaklee saya menemui banyak nilai. Nilai sihat bila cerita tentang vitamin. Berniaga bukan hanya cerita tentang duit, kekayaan dan kejayaan tetapi nilai ukhwah, nilai keberkatan berniaga, nilai kasih sayang.
Kesetiaan akan lahir bila kita tahu apa yang kita mahu dan ia akan menjadi kukuh bila ada cinta. Cinta bukan pada duit tapi cinta pada produk. Jika duit yang kita kejar, biasanya jarang jumpa kejayaan pada nilai yang sebenar kerana sibuk menukar bisnes mencari duit yang banyak.

Saya yakin Shaklee adalah bisnes yang sangat menguntungkan bukan hanya untuk dunia tapi akhirat. Kerana setiap orang yang saya kenalkan Shaklee saya sentiasa mendoakan orang itu dapat satu rahmat iaitu lebih dekat kepada Pencipta. Apabila seseorang itu sihat, pastinya dapat beribadat dengan lebih baik berbanding masa dia sakit.


Mengapa saya bertahan? 

Shaklee mempunyai semua yang saya mahu: 
  • produk yang berkualiti, 
  • sistem yang bagus dan 
  • nilai hidup yang saya mahukan. 
Balik pada diri individu apa yang kita lihat itu yang kita dapat.

Perjuangan perlukan masa, perlukan kekuatan dalaman dan perlukan keyakinan.

Semoga kita semua terus sukses dan setia kerana nilai setia itu boleh dinilai melalui apa yang kita kata, kita lakukan dan kita tunjukan.

Salam kejayaan dari Miri Sarawak.

Sumber: Laman facebook Master Norita

.........................


Ini adalah antara sebab kenapa saya sayang Shaklee 200%. Upline 6, 7, 10 tangga ke atas pun tak pernah lokek berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman. Bisnes ini bukan perniagaan menguntungkan orang atas. Kita berniaga sama-sama, kaut manfaat pun sama-sama.

Saya berharap saya juga dapat jadi seperti Master-Master hebat ini. Berniaga bukan keuntungan semata-mata, tetapi untuk berkongsi kebaikan daripadanya dengan semua. 

InshaAllah, dengan izin Allah saya terus bertahan.

Jom Shaklee sama-sama! <3


Salam sayang buat semua,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: