Friday 6 November 2015

3 Formula Rezeki

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi semua.


Salam sayyidul ayyam :-)

Tahukah kalian Formula Rezeki?

1. Buat baik

Hubungan kita dengan Allah dan manusia tidak dapat bersatu dengan cantik andai kita tak berlaku baik. Nak hubungan baik, kena buat baik. Buat baik dengan Allah dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan apa yang Allah larang. Sementara hubungan sesama manusia dapat terjalin mesra apabila kita melakukan perkara baik kepada diri dan orang lain. Mulakan dengan diri sendiri. Konsisten melakukan kebaikan. Lama-kelamaan orang lain juga akan terkesan dengan perbuatan kita dan mereka juga akan ikut melakukan perkara yang sama (kebaikan).

2. Rezeki datang dari Allah

Sebagaimana yang saya kongsikan tulisan Dr. MAZA semalam melalui entri Syukur Selalu; rezeki kita Allah yang bagi. Kadar yang kita dapat dengan apa yang orang lain dapat mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Itu semua Allah yang tentukan. Hak mutlak Allah untuk mendatangkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Allah mahukan.

Mengambil ibrah (pelajaran / pengajaran) daripada kisah Maryam:

Apabila Nabi Zakaria berjumpa dengan Maryam yang asyik beribadah dalam mihrab, beliau mendapati terdapat makanan disisi Maryam. Makanan yang disediakan lain dari yang lain. Sekiranya ketika itu musim sejuk, beliau dapati yang terhidang di sisi Maryam adalah buah-buahan yang ada ketika musim panas. Begitulah juga bila datangnya musim panas, buah-buahan yang tersedia adalah buah-buahan yang hanya terdapat pada musim sejuk. Nabi Zakaria bertanya kepada Maryam akan punca rezeki istimewa itu. Dan Maryam menjawab,

Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah”. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab. 

(Surah Al-Imran : 37)



3. Dapat rezeki beri rezeki

Setiap kali kita menerima sebarang rezeki, berkongsilah dengan orang lain. Adakalanya rezeki yang kita terima itu bukan milik kita. Kita hanya perantara untuk sampaikan kepada orang lain. Contohnya duit yang ada dalam poket kita belum tentu kita punya. Berkemungkinan duit itu adalah rezeki untuk orang lain - mungkin makcik kantin punya, atau pun boleh jadi mekanik yang punya. Sesungguhnya rezeki itu adalah amanah yang harus kita tunaikan. Pada setiap rezeki yang kita peroleh terdapat hak orang lain yang harus kita sampaikan kepada yang berhak

Sesungguhnya titipan rezeki yang banyak merupakan ujian bagi kita. Apabila kita amanah di jalan Allah swt. dengan rezeki yang dititipkanNya, maka kita berpeluang untuk mendapatkan rezeki yang lebih banyak lagi. Sebaliknya, apabila kita sia-siakan rezeki berkenaan untuk perkara yang tidak bermanfaat apatah lagi untuk digunakan dalam perbuatan yang melanggar laranganNya maka kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak layak untuk menerima rezeki yang lebih banyak lagi dari Allah.

"...Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya.”

(Surah Al-Baqarah: 272)

Apa yang kita ada adalah rezeki orang lain manakala apa yang kita beri (infaq/ sedekah) itulah rezeki buat kita. Oleh yang demikian, jika kita mengimpikan rezeki yang melimpah ruah, maka perbanyakkanlah bersedekah. Banyak beri, banyak rezeki.

Suka saya nak kongsi cerita yang Ustaz Don sampaikan dalam rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don pagi tadi. Ustaz berkongsi kisah yang diceritakan oleh Pak Aziz Satar kepadanya.

Ada satu hari, Pak Aziz bertemu dengan Tan Sri P. Ramlee. Beliau kata beliau ada RM 5, dan P. Ramlee kata dalam poketnya ada RM 20. Jadi P. Ramlee ajak Aziz untuk pergi 'dancing'. Aziz kata OK, dia akan sewa kereta dan tuang minyak. Tengah mereka bersiap-siap nak pergi, datang seorang lelaki / perempuan (maaf saya terlupa), orang tu kata pada Ramlee dia nak balik kampung dan nak minta duit sedikit darinya. Ramlee kemudiannya mengeluarkan RM 20 dari dalam poketnya dan hulurkan pada orang tersebut. Aziz yang memerhati tindakan Ramlee bertanya,

"Ramlee, nak pergi dancing macam mana duit dah tak ada."

P. Ramlee jawab,

"Duit dalam poket ini Dia yang bagi.." (sambil menuding jari ke langit)


Subhanallah. P. Ramlee pun tahu konsep rezeki ini datang dari Allah dan perlunya berkongsi rezeki.

Sama-sama kita saling beringat. Semoga sharing ini membawa sedikit manfaat untuk kita bersama.




Syukur selalu.


Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: