Tuesday 20 October 2015

Coretan pagi Selasa [Al-Fatihah]

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum sahabat blogger dirahmati Allah semuanya..

Selasa, dua minggu sudah, sekitar waktu ini, nenda (atok) kesayangan kami telah kembali ke rahmatullah ketika usianya 85 tahun.

Malam tu atok demam semula. Panas satu badan. Saya bancuhkan air. Tak banyak, cuma se-per-empat cawan dan saya suapkan ke mulut atok sedikit-sedikit sampai habis. Atok tak bangun, hanya berbaring dengan mata tertutup. Hanya mulutnya sahaja terbuka dan tertutup menelan air. Selesai minum atok tidur seperti biasa.

Subuh Selasa, tiada apa yang mencurigakan. Atok masih tidur seperti selalu. Hajat dihati usai menunaikan solat dan baca Al-Quran, nak sambung tidur semula. Ada saki-baki letih menguasai diri. Namun terbantut bila terlihat atok tiba-tiba bernafas melalui mulut. Hati tak sedap. Tetapi saya paksa minda untuk percaya bahawa atok 'OK' - mungkin hidung atok tersumbat.

Kami - ibu, kakak dan saya sendiri, bersilih ganti duduk di sisi atok, urut-urut dadanya sambil ajar atok bertahlil, bertahmid, seperti selalu. Pagi tu semua seperti biasa. Cuma ibu pesan, bacakan Surah Adz-Dzariyat[1] pada telinga atok dan jangan tinggalkan atok sendirian.

Meskipun hati dah mula gundah-gulana, saya terus paksa diri untuk percaya atok 'OK'. Saya plan, selepas tunaikan solat dhuha dan hajat, saya nak bacakan Al-Quran di sisi atok. Saya bingkas bangun pergi ambil wudhu' sementara akak ganti untuk temankan atok. Saya solat seperti biasa. Selesai dhuha, saya diri semula buat solat hajat. Dalam sujud terakhir, tiba-tiba hati rasa sebak, dan sentiasa terfikir..

'Adakah ini saat dan ketikanya Allah laksanakan janjiNya?'

'Inikah masanya atok akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya?'

'Adakah ini harinya yang selalu saya risaukan?'

Dengan sengaja, hati dan minda sebulat kata mengirim doa pada Yang Maha Esa. Saya pohon pada Allah, andai ini detiknya, permudahkanlah semuanya, biarlah atok 'pergi' dengan mudah, dan redhakan hati kami sekeluarga untuk menerima ketentuanNya.

Belum pun habis doanya, belum pun selesai sujudnya, telinga menangkap suara kakak.

"Mak!"

.
.
.

InshaAllah nanti saya sambung lagi.

...........


Kepada semua sahabat-sahabat yang membaca coretan saya pagi ni, saya dengan rendah hati memohon agar dikirimkan doa buat nenda saya, Allahyarhamah Hajah Rajimah binti Daiman. Doakanlah yang baik-baik atau mungkin sekurang-kurangnya sesempurna, selengkap Al-Fatihah.

SELASA
6 Oktober 2015
22 Zulhijjah 1436H

Semoga Allah ganjarkan yang terbaik atas doa ikhlas sahabat-sahabat semuanya.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786


[1] Surah adz-Dzariyat : ibu saya kata surah ini bagus diamalkan. Jika mengandung, maka dimudahkan proses kelahirannya, jika sedang nazak, dipermudahkan juga 'urusannya'.

No comments: