Saturday 12 September 2015

MLM: Peluang Niaga atau Peluang Derita?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Teringin nak share isu panas ni MLM: Betul atau Menipu?

MLM - Multi Level Marketing bukan Maharaja Lawak Mega

Ramai yang terkeliru dan beranggapan MLM ni tipu orang, makan duit orang, dan pelbagai lagi pandangan negatif lain. Tak apa, yang tak tahu, memang bukan salah anda. Yang salahnya bila kita meletakkan hukum dalam keadaan kita tak tahu hujung pangkal sesuatu perkara.

Sebenarnya kekeliruan ini berpunca apabila ada sebahagian sistem money game, piramid dan binari menjalankan 'bisnes' mereka atas tiket MLM. Hakikatnya perlaksanaan setiap sistem ini jauh berbeza.


MLM ialah pemasaran dengan sistem jualan langsung dari pengeluar produk (syarikat) ke pengguna melalui multi (banyak) level (tingkat) jaringan. Jadi, inti MLM ialah pada kata “marketing” (pemasaran) bukan multilevelnya. Sementara money game pula intinya ialah game (permainan wang) sama sekali tidak termasuk dalam kategori marketing (pemasaran). 


4 Prinsip Muamalah dalam Islam

(1) Jujur & Amanah
  • pihak Syarikat dan para pengedarnya hendaklah sentiasa jujur dalam menerangkan baik buruk produk atau barangan yang diniagakan kepada pengguna.

(2) Bebas dari Penganiayaan
  • pihak Syarikat diharamkan menjual produk atau barangan yang tidak memberikan apa-apa faedah dan sesuatu yang boleh membahayakan pengguna atau pembeli kerana ia termasuk dalam memakan harta orang lain secara batil dan merupakan pembohongan dan penipuan. 

(3) Bebas dari Gharar, Riba, Pertaruhan & Perjudian 

(4) Akad jual-beli (disyaratkan)

- Barangan/produk
  • wujud 
  • diketahui oleh kedua pihak yang berakad
  • harta yang diakui oleh syarak
  • dimiliki oleh penjual dan mampu diserah. 

- Akad jual beli
  • dari dua pihak yang berakad, tanda persetujuan ke atas jual beli yang dibuat.

- Pihak yang berakad (penjual dan pembeli)
  • mempunyai keahlian untuk menjalankan akad
  • redha dan bersetuju dengan akad yang dijalankan
  • berkuasa ke atas barang yang diakadkan sama ada sebagai pemiliknya atau wakil kepada pemilik

Fatwa Kebangsaan

Melihat kepada fatwa kebangsaan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-72 pada 23 Jan 2006 telah memutuskan hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.


Dalam MLM, keuntungan atau hasil yang bakal diperolehi para pengedar (atas nama bonus, insentif dan sebagainya) bergantung kepada jumlah produk yang berjaya dijual kepada pengguna melalui kerja dan peranan yang dimainkan oleh para pengedar.

Jika tak usaha, tiadalah hasilnya. Dalam erti kata lain, tak jual tak dapat bonus/insentif. Oleh itu, nak kaya, nak senang, kena usaha, kena bekerja.

Jika anda mula nak berkenalan dengan MLM, saya nasihatkan anda untuk selidik latar belakang syarikat berkenaan. Jika tersilap masuk, diri sendiri yang rugi. Rugi harta, rugi masa.



4 Panduan & Cara Memilih MLM TERBAIK (peluang perniagaan)

  1. Buat kajian dan kaji selidik sendiri - banyak bertanya dan minta pandangan ramai
  2. Kestabilan syarikat
  3. Pemimpin / tunjang syarikat
  4. Kualiti produk yang diniagakan

Betul, Shaklee adalah salah satu perniagaan yang menggunakan teknik Multi Level Marketing.

Tetapi...

Shaklee bukan skim cepat kaya
Shaklee bukan sistem yang membenarkan kita duduk saja, goyang kaki tunggu duit masuk.
Shaklee bukan menggunakan sistem binari
Shaklee bukan menggunakan sistem piramid

Jadi, jika anda rasa nak dapat duit berkoyan-koyan, tetapi tak nak buat apa-apa, nak goyang kaki sahaja, maka Shaklee bukan tempat yang sesuai untuk anda.

Bersama Shaklee, kita pasarkan produk-produk terbaik, membina pendapatan, membina rangkaian, dan membina diri yang sihat. Secara tak langsung, kita juga membina pahala kerana berkongsi dan menyebarkan sesuatu yang bagus dan bermanfaat kepada masyarakat. Paling penting ianya mematuhi syariat yang ditetapkan dalam Islam.

Apa lagi? Jom Shaklee!

 ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: