Wednesday 29 July 2015

Shaklee 'teman' saya pergi beraya~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Hampir setiap malam ada 'date' dengan saudara mara. Ziarah sambil beraya. Habis kerja sahaja, terus 'shoot' ke rumah makcik dan pakcik. Hari hari sebelum ni dah ke Bukit Jelutong dan Kota Damansara. Malam ni giliran orang Senawang pula.

Nama pun datang rumah sedara, mana boleh sekejap-sekejap, ye tak? Koman-koman, pukul 10 baru angkat punggung. Mesti lewat malam baru sampai rumah. 

Rasa seronok dan puas hati dapat datang jumpa mereka, beramah mesra, bertanya khabar, bertukar cerita dan bergurau senda. Ye lah, bukan selalu dapat jumpa. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Waktu raya ni lah, berpeluang memanfaatkan kesempatan yang ada.

Penat?

Memanglah. Ikut rasa penat, baik duduk rumah je, layan cerita hindustan. Nak melayan penat ni, sampai bila-bila pun tak 'terubat'. Tidur 10 jam pun belum tentu dapat hilangkan rasa penat.

Tapi saya backup dengan suplemen. Bila nak travel, Cinch Tea memang tak boleh tinggal - bantu saya sentiasa segar dan sedar sepanjang pemanduan. 


Sampai rumah pula, saya telan B Complex - untuk recover energy dan memberikan tidur yang lena. 


Untuk kakak saya, bab-bab pil ni, dia kurang sikit. Dia lebih prefer Vivix - the best supplement for head-to-toe.


Alhamdulillah, ia (Shaklee) amat sangat membantu. Memang jadi 'penyelamat' setiap kali nak buat plan (aktiviti) mengejut.

Sekarang, rasa penat bukan lagi alasan. Kita mampu jika kita mahu. Pilihan, kita yang tentukan.

Belajar hargai mereka yang ada di sekeliling kita. Raikan mereka yang masih ada. Ruang & peluang tak akan menunggu kita. Manfaatkan selagi berkesempatan.

Inikan raya!~

Selamat malam semua…

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: