Thursday 11 June 2015

Umur & Kesihatan

Teks: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Petikan daripada artikel 'Memandulah dengan Iman'


Ada dua modal yang sangat berharga dalam kehidupan kita. 
  1. Umur. 
  2. Kesihatan.
Dua modal ini sangat penting untuk mendapat keredhaan Allah di dunia, agar kita dilimpahi rahmatNya dan dimasukkan ke dalam syurga kelak. Bagi yang taat, umur ialah bekalan untuk menambah ketaatan. Manakala bagi yang derhaka, umur ialah modal untuk bertaubat dan kembali kepada Allah buat mendapat keampunanNya.

Namun, umur tanpa kesihatan tidak bermakna juga. Lantaran beribadat memerlukan tenaga. Jika sakit, ketaatan tidak akan dapat dilaksanakan dengan optimum. Kesakitan boleh menghalang pelaksanaan ibadah, sama ada yang berbentuk habluminallah (hubungan dengan Allah) atau habluminannas (hubungan dengan manusia). Mungkin amal yang berbentuk fardu kifayah semakin sukar untuk dilaksanakan.

Usia dan kesihatan ialah amanah Allah. Allah kurniakan kedua-duanya bukan sia-sia tetapi untuk maksud yang sangat besar dan berguna. Kedua-duanya ialah aset yang perlu dilaburkan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Di bahu umat Islam terpikul satu misi untuk menyelamatkan seluruh manusia dan dunia daripada kehancuran dan malapetaka. Islam itu selamat dan menyelamatkan.

Soalnya, bagaimanakah kita mampu menyelamatkan jika diri sendiri belum selamat? Mengapa ada dalam kalangan kita yang sanggup mensia-siakan usia dan kesihatan tubuh badan? Jika sudah ditakdirkan mati apa boleh buat, kerana itu telah tersurat. Tetapi kita dituntut malah diwajibkan untuk menjaga keselamatan nyawa bahkan haram jika sengaja menjatuhkan diri kita ke dalam kebinasaan.

Marilah kita menjadi orang yang selamat dan menyelamatkan.



Jom Sihat Bersama Shaklee~~ <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: