Friday 20 March 2015

Resipi Pineapple Cinch Tea [Cinch Energy Tea Mix]

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Semalam saya share gambar "Pineapple Cinch Tea" di Fb. Hari ni saya nak share resipi untuk sesiapa yang berminat untuk cuba :-)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. 1 biji buah nenas
  2. Air
  3. 1 paket Cinch Tea Mix

Cara-caranya:

Credit to: Bimbingan
  1. Buang kulit buah nenas, buangkan juga bahagian tajam-tajam yang boleh buatkan lidah rasa 'lidas'
  2. Basuh bersih.
  3. Potong buah nenas menjadi potongan kecil.
  4. Masukkan buah nenas dalam periuk, tambahkan air supaya nenas tadi tenggelam semuanya. Kemudian, rebus nenas tadi sehingga air mendidih.
  5. Asingkan air rebusan dan buah nenas tadi. (Kita akan guna air rebusan nenas itu sahaja, buah nenas tadi boleh dimakan begitu sahaja atau boleh digunakan untuk masak paceri nenas..Jimat~ ^_^)
  6. Masukkan air rebusan dalam cawan (Tips: nak rasa 'kick', guna cawan/bekas 6-8 oz) dan masukkan 1 paket Cinch Tea Mix.
  7. Gaul/ goncang sehingga mesra.
  8. Sedia diminum (Tips: Boleh diminum secara panas atau sejuk)
Selamat mencuba~

No comments: