Monday 9 March 2015

Cabaran bersama rutin baru.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sejak kesihatan ibu teruji, rutin harian saya juga akan turut berubah. Tanggungjawab menjaga nenek berpindah kepada saya dan kakak. Pagi sebelum kerja saya perlu pastikan nenek dah siap mandi dan bersarapan. Tengahari pula saya akan balik untuk bantu nenek hemat diri. Dan sebelah petang, saya dan kakak bergilir-gilir mandikan nenek, basuh baju dan bantu ibu siapkan makan malam kami sekeluarga. Memang perlu standby Cinch Tea & Performance Drink sentiasa.


Dan hari ini adalah hari pertama. Sampai sahaja di rumah, ibu bagi kejutan. Tengok ni..


Walaupun tak berapa sihat, ibu gigih nak siapkan semua ni. Memang wajib telan OmegaGuard & Vitamin C la nampaknya lepas makan ni. Langkah berjaga-jaga untuk  kekal bertenaga di petang hari.

Ibu memang terbaik. Kasih ibu memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Semoga Jannah buatmu ibuku.

Salam sayang,

Nurul Aini
Putrajaya, 1315

No comments: