Thursday 18 December 2014

Rokok melemahkan minda!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sumber: Google

Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Don dalam rancangannya, 30 Minit Ustaz Don, sebentar tadi,

"bagi mereka yang ... (ustaz meletakkan dua baris jarinya di mulut, menggayakan seperti seorang perokok), boleh melemahkan minda mereka"
-merokok boleh mengakibatkan otak/minda menjadi lemah-

Sumber: Google


Rokok adalah RACUN kepada diri..

Sumber: Google

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang bertoksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, 
  • aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku)
  • asid asetik (cuka)
  • ammonia (bahan pencuci tandas)
  • arsenik (racun)
  • butana (cecair alat pemetik api)
  • kadmium (bateri)
  • karbon monoksida (asap dari ekzos kereta)
  • DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat)
  • etanol (arak)
  • formaldehid (bahan pengawet katak mati)
  • hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan)
  • hidrogen sianida (racun)
  • naftalena (ubat gegat)
  • nikotin (bahan pembunuh serangga)
  • asid stearik (lilin) 
  • toluena (bahan pelarut di industri).

Allah.. banyaknya benda mengarut! Kenapa mereka nak sangat hisap benda alah ni. Tahu tak..selain bahan-bahan atas ni, rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya, iaitu nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, ketagihan menguasai dirinya.


“Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” 
Surah an-Nisa ayat 29


Kesan rokok kepada PEROKOK..
  • barah paru-paru 
  • penyakit jantung
  • radang saluran pernafasan (chronic bronchitis)
  • kanser (kanser mulut, kerongkong, esofagus dan peti suara)
  • bagi mereka yang mengandung boleh mengakibatkan
    • kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan)
    • berisiko untuk keguguran 
    • bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan
  • bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri
  • penyakit selaput mata atau katarak
  • barah serviks
  • barah buah pinggang
  • barah pankreas
  • barah perut
  • radang paru-paru (pneumonia)
  • radang tisu serta struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis)


Kesan kepada PENGHIDU asap rokok (secondhand smoker)..

Saya cukup tak suka bau asap rokok ni. Bukan setakat bau yang kurang menyenangkan, hidung saya juga sangat sensitif kepada bau rokok. Setiap kali terbau, saya mesti selsema. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General ada memfokuskan kesan negatif asap rokok (sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok. Asap rokok yang mengandungi lebih daripada 250 bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan kanser dan berisiko menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap rokok ini.

“Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.”
(Riwayat Tirmizi)




SHAKLEE boleh bantu mereka yang nak BERHENTI..

Bagi mereka yang nak berhenti merokok, saya dengan besar hati nak suggest suplemen berikut:

1. Vitamin C || anti-oksida (merokok mengurangkan kadar vitamin C dalam badan secara mendadak)



2. B-Complex || sangat diperlukan dalam sistem selular enzim perokok yang rosak

Sumber: Duniafarisya


3. Carotomax || pemulihan membran mukosa, bagus untuk perlindungan peparu

Sumber: Ummiadni


4. Alfalfa Complex || detoksifikasi bagi melindungi peparu, hati, otak dan tisu

Sumber: Mummyfiffy


5. DTX Complex || juga untuk tujuan detoksifikasi



6. Vivix || mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular



7. Nutriferon || merangsang sistem imun

Sumber: Celik Vitamin


Kita ikhtiar dan usaha dulu ye, mudah-mudahan Allah izinkan agar dapat berhenti merokok untuk selama-lamanya. Maaflah entry kali ini agak panjang kerana saya cukup risau dengan mereka yang merokok. Kehidupan saya juga dikelilingi oleh mereka yang merokok.

Kalaulah mereka tahu saya risaukan kesihatan mereka..
Kalaulah mereka tahu mereka sedang membahayakan orang di sekeliling mereka..

Saya mohon kita semua panjatkan doa agar ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan masyarakat kita bebas dari belenggu rokok. Doa sungguh-sungguh ye semua! *


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


p/s: testimoni pengguna set 'Quit Smoke with Shaklee'



* Sumber rujukan: tulisan Dr. Danial b. Zainal Abidin M.B.Ch.B., Universiti Iskandariah

* Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

No comments: