Tuesday 16 June 2015

Nak Sihat Kena ada Ilmu - Jom Fit with Kevin Zahri

Teks: Nurul Aini binti Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

~13.06.2015~


Sabtu lepas teruja benar saya nak join program Jom Fit With Kevin Zahri yang dianjurkan Master Farah Wahida (My FAWA Millenium). Plan asalnya nak terus balik Kluang selepas habis kerja Jumaat tempoh hari. Bila fikir-fikir balik, berat lebih kepada nak pergi. Terus tanya dengan mak dan kakak siap-siap. Dapat sahaja green light, terus decide untuk pergi program. Balik tetap balik. Cumanya ditangguhkan sehingga selesai program ni.

Faktor Pemangkin

Bila saya pilih nak pergi, ada beberapa faktor penguat semangat:
  1. Sebab saya nak sihat
  2. Sebab saya nak ajak orang sihat
  3. Sebab family Shaklee saya pun ada: anak-anak & mak tok (termasuklah kakak saya sekali)
  4. Sebab cenderahati ni~~ :-x

Gambar yang menjadi pemangkin semangat nak join kelas

Tak tahu kenapa, excited pulak tengok buku nota ni. Siap dah fikir apa nak buat dengannya (buku nota) bila dah dapat nanti. Masa nak register, bersinar-sinar mata tengok buku ni dari kejauhan. Ingatkan ada warna pink sahaja. Rupa-rupanya ada dua lagi pilihan warna yang lain iaitu biru dan putih. Namun, sejak dari awal lagi hati dah terpikat pada yang berwarna pink ni. Tengok pink, bayang pink, dapat pink!~ Bukan warna favorite pun, cuma ia nampak attractive.

Foto pertama bergambar dengan Aleef Arsyad & buku nota pink!

Teknik coaching yang sangat santai dan bersahaja dari Mr. Kevin - penerangan, soal jawab pada bila-bila masa yang kita rasa nak tanya dan circuit training yang memang mencabar diri.


Circuit training

Kami diajar teknik - teknik melakukan beberapa senaman yang betul dan fungsinya juga. Sebelum ni main google dan tengok dari youtube sahaja. Tak tahu cara, tak tahu gaya, nayalah jadinya. Nak belajar sesuatu kan perlu berguru. Tak cukup hanya sekadar di buku. Contoh terbaik kita, Rasulullah pun dijadikan sebagai 'guru' (tempat rujukan) bagi seluruh manusia untuk mendirikan solat. Jadinya bila berpeluang untuk hadir ke kelas ni, barulah saya tahu setiap senaman ada fungsi dan target tersendiri.


Antara exercise (circuit training) yang kami pelajari adalah:

1- Plank
2- Sit up
3- Push up
3- Cacing
4- Mountain climb
5- Sumo squat
6- Jumping jack
7- Russian twist @ bicycle crunch
8- Superman
9- Squat
10- Triceps dips

dan beberapa lagi teknik senaman berpasangan.

Foto kami semasa melakukan squat

Bagi peringkat kami yang baru nak mula, baru nak 'berjinak-jinak' dengan aktiviti ni, ianya memang sesuatu yang mencabar terutamanya pada bahagian otot. Disebabkan kejarangan otot-otot ini bekerja kuat, ia akan terkoyak dan menyebabkan kita akan rasa sakit-sakit di bahagian perut (abdomen), peha, dan lengan. Rasa sakit hanya bersifat sementara. Tapi gigih juga nak menunggu ia sembuh - sakit nak turun naik tangga, nak ketawa, nak bersin pun sangat bersopan santun.

-Jika kita rasa sakit di bahagian otot, itu tandanya kita lakukan senaman yang berkualiti-

Senaman yang berkualiti adalah bila kita rasa sakit selepas 24 jam kita buat senaman. Contohnya, bila kita buat squat, kita panjangkan, pendekkan, panjangkan, pendekkan, panjangkan, pendekkan otot kita. Bila kita rasa sakit bermakna otot kita terkoyak sedikit. Bila kita rasa sakit, otot memberitahu kita : 

"Aku tak cukup kuat untuk buat senaman semalam, please make me stronger"

Ketika berlaku macam ini, otot akan mencari protein dan asid amino untuk membaikkan 'dirinya'. Tetapi protein hanya akan berfungsi untuk membaiki dan mengembangkan otot bila berlakunya catalyst sebagai pemangkin yang berkualiti. Tanpa berlakunya breakdown pada otot, maka tidak akan terjadi pembesaran. Kanak-kanak yang sedang membesar pun perlu melakukan senaman (melalui aktiviti hariannya - bermain, berguling, berlari dan sebagainya) untuk merangsang protein berfungsi untuk tumbesaran mereka.

ESP & OsteMatrix pilihan terbaik untuk redakan kesakitan muscle tear



Sesuatu yang saya dapat belajar tempoh hari, senaman yang berkualiti bukan bergantung pada tempoh masa yang lama. Buat lama-lama tetapi tidak mendatangkan impak yang baik pada badan pun tiada gunanya juga. Tempoh masa terbaik untuk kita lakukan senaman, paling minimum 20 minit dan paling lama 1 jam, tidak lebih. Jadinya, kita boleh sediakan jadual untuk beberapa jenis-jenis senaman mengikut hari-hari tertentu. Sebagai contoh:

Hari ni boleh buat senaman perut
Esok boleh buat senaman lower body
Lusa boleh buat senaman upper body
Hari ke-empat, kita bagi rehat pada badan atau boleh mulakan semula senaman perut. Bagi selang masa untuk senaman yang sama (otot yang terlibat) dalam 2 ke 3 hari.

Apabila berlaku kecederaan pada otot, kita tak boleh paksa diri untuk sambung buat senaman tersebut pada jangka masa yang pendek. Sebaiknya biarkan otot-otot kita berehat. Bila dah tak sakit, boleh mula semula. Buat sedikit-sedikit tetapi berterusan.


Ilmu yang sangat berharga

Alhamdulillah peluang yang sangat menarik saya kira. Banyak input yang saya belajar tempoh hari. Untuk sihat, nak turunkan berat badan, tak semestinya dengan senaman. Ada pelbagai cara nak menurunkan berat badan. Namun, apa yang penting adalah kita perlu memahami bagaimana nak turunkan berat badan dengan betul.
  • Kita perlu tahu jenis kegemukan badan kita - gemuk air atau gemuk lemak
  • Perlu set (tetapkan) berapa jumlah berat yang kita nak turun.
  • Cuba letak jangka masa untuk turun (harapan vs realiti).
  • Kena tahu berapa jumlah kalori masuk dan keluar.
  • Sediakan pelan pemakanan harian.

Syukur dan beruntunglah saya dapat tahu semua ni lebih awal. Nak mengajak orang sama-sama memiliki tubuh badan yang sihat bukan suatu kerja biasa-biasa. Bukan boleh cakap kosong, syok sendiri, goreng ayat power-power. Tapi kesihatan itu perlu bermula dari kita sendiri. Kita, terlebih dahulu perlu memiliki badan yang sihat. Barulah tak jadi 'cakap tak serupa bikin'. Semua ini perlukan ilmu. Nak sihat pun perlu dengan ilmu supaya setiap yang kita buat, kita buat dengan betul.

Jom fit bersama kami~

Foto pertama dengan MIA [Dari kiri: Amirah, Kak Aina Fazlina, Master Iffah aka MIA, saya]

Jom sihat!~

Jom Sihat Bersama Shaklee <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: