Friday 19 June 2015

Berdiet sambil Beramal

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Ada kot kan orang letak azam nak kurus masa bulan puasa ni.

Meh nak share tips sikit petang-petang ni. Macam mana nak turunkan berat badan TANPA perlu berlapar dan dalam masa yang sama dapat kumpul pahala extra.

Bagaimana?

Waktu nak berbuka nanti, pergi kedai beli 1 hidangan dan 1 jenis minuman. Mesti nak menu sedap-sedap kan. Dah seharian berpuasa, mesti nak makan sedap-sedap, air pun sedap-sedap. 

Contoh menu pilihan:

~ Nasi goreng ayam kunyit 1
~ Fresh orange 1

Kemudian cakap dengan orang kedai tu nak 1 pinggan & 1 gelas extra.

Bila dah dapat makanan, minuman, pinggan dan gelas extra yang kita order tadi, bahagikan hidangan dan air sedap tu separuh-separuh. Jangan mengelat. Bahagi sama rata. Kalau ayam kunyit tu ada 7 ketul, setiap pinggan kena ada 3 ketul 1/2 ayam kunyit. Tak lebih tak kurang.

Sekarang dah dapat 2 pinggan nasi goreng ayam kunyit, 2 gelas air fresh orange kan?

Untuk kita (diri sendiri), ambil 1 bahagian sahaja. Yang lagi satu set, bagi kat orang lain. Sesiapa sahaja.

Nampak tak teknik halus nak berDIET tu?

~ kenyang pun kenyang
~ tak terlebih makan 
~ dapat lepaskan nafsu nak mengunyah
~ dapat makan sedap
~ dapat buat pahala
~ dapat memudahkan orang nak berbuka puasa.

Sambil berdiet sambil kumpul pahala. Besar pahala kalau kita jamu orang berbuka puasa. Yang paling power kalau kita bagi makanan yang akan jadi juadah pertama yang masuk ke mulut orang tu. Memang berkat sangat, lebih-lebih lagi kalau kita memberi dengan ikhlas.

Sharing is caring <3

Cubalah.

Pasti terasa nikmatnya berbuka: -)

Salam Ramadhan 1436H~


Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: