Sunday 31 May 2015

Wajah Cerah Berseri dengan NutriWhite Gentle Action Makeup Remover

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Hampir seminggu diuji dengan tahap kesihatan yang merosot, suplemen ke mana, muka pun tak terjaga. Alhamdulillah hari ni dah semakin sihat, dapatlah sental muka. Excited!~


Kenapa Makeup Remover?

Jangan ingat orang pakai makeup sahaja yang mesti pakai pencuci makeup. Saya sendiri yang tak pakai apa-apa produk solekan pun kena pakai Gentle Action Makeup Remover. Sebab fungsi utamanya adalah untuk membuang sel-sel mati yang terdapat pada muka, dan ini adalah cara paling mudah, selamat dan tidak menyakitkan untuk singkirkan whitehead dan blackhead yang 'berkhemah' kat muka kita.

Bagaimana  Whitehead dan Blackhead terjadi?

Whitehead adalah bintik kecil berwarna putih, yang terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit. Sebenarnya penghasilan minyak ini bagus untuk melembap dan melembutkan kulit. Namun, apabila sel kulit mati bersama minyak yang terkumpul dalam liang bulu roma (di bahagian muka), benjolan kecil akan terbentuk menjadi bintikan putih iaitu whitehead.


Apabila bintik-bintik kecil ini tidak dibersihkan, ia akan menjadi warna hitam kerana terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih. Bintikan hitam inilah yang kita kenal sebagai blackhead.

Proses pembentukan blackhead ini adalah tanda-tanda awal sebelum ianya bertukar menjadi jerawat. Bila jerawat muncul kat muka, mesti tak cantik, dan ianya memalukan. Keyakinan diri pun hilang. Itu yang kita risau kan?

Cara Membersih dan Menghilangkan Whitehead dan Blackhead (Cara Penggunaan)

1. Tanpa basahkan dengan air, colet sikit-sikit kat pipi, kat dahi, kat hidung dan kat dagu. Sejuk! 
2. Sapu rata pada seluruh kawasan muka dan leher. 
3. Gosok gosok gosok dan gosok lagi sampai sapuan tadi jadi kering (Bila dah sental lama-lama, nanti semua whitehead, blackhead, kulit mati pun tanggal)
4. Kemudian, bilas dengan air suam. Serius rasa beza. Lembut bagai sutera, selicin mutiara! Cewah ayat~~


Memang puas dapat cuci dengan ni. Kulit menggerutu pun boleh jadi licin. Cuba dulu dan rasakan perbezaannya sendiri.

Saya sudah. Anda bila lagi?

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: