Monday 25 May 2015

Berkursus di hujung minggu

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Pengalaman menghadiri 'Closed Group Training'

Ini adalah kelas (latihan tertutup) kedua yang saya hadir setakat pembabitan saya bersama Shaklee (perniagaan & perkhidmatan). Kali ini walaupun keseorangan, masih tetap gigih nak hadir ke kelas. Kalau ada kemahuan dan kesungguhan, pasti ada jalan.

Free Gift

Alhamdulillah perjalanan tidak sesukar yang dibayangkan. Mudah sahaja rupanya nak ke tempat latihan. Mujurlah dapat sampai tepat pada masanya - 5 minit sebelum kelas bermula. Semasa beratur untuk buat pendaftaran, mata saya bersinar apabila ternampak suplemen bersusun atas meja pendaftaran. Pasang harapan siap-siap - nak dapat suplemen free!~ 

Syukur, tepat seperti yang disangka! Penganjur sediakan suplemen sebagai door gift :-) Selesai isi nama, urusetia hulurkan DTX Complex. Alhamdulillah seronok tak terkata. Siapa yang tak suka dapat benda free kan? ;-) 

Rupa-rupanya bukan setakat itu. Ada kejutan lagi. Tak sangka selesai sesi pagi, dapat lagi special gift - Vitamin E. Kali ni hadiah disumbangkan oleh Master Hajah Salwa. Memang senyum sampai ke telinga. Masuk sesi kedua sebelah petang, kami diminta membuat pendaftaran baru untuk dapatkan borang pemeriksaan kesihatan. Surprisingly~ ada free gift lagi! Cinch Energy Tea Mix & Shaklee Collagen Powder. Tak tahu nak kata apa. Memang pelangi dalam hati! :-)

Setiap kali program, memang selalu pasang harapan - dapat suplemen sebagai hadiah. Siapa tak nak~~ bukan dapat 2-3 biji. Dapat sebotol, berpuluh-puluh biji pulak tu. Lagi best kalau dapat yang kita belum pernah cuba. Mahsyuk~

Perkara Paling Berani

Di awal program, Master Raquib, suami kepada Master Norita bertanya kepada setiap seorang peserta, apa perkara yang paling berani yang kami dah buat dalam hidup? 

Terjun sungai, daki gunung, jalan seorang diri dalam gelap, kena duduk bersendirian dalam hutan pukul 2-3 pagi, buat flying-fox, semua tu saya dah buat masa zaman sekolah rendah hingga ke universiti. Namun perkara pertama yang muncul dalam fikiran saya tatkala diajukan soalan berkenaan - perkara paling berani yang saya buat adalah masuk MLM :-) Tergelak mereka dengar jawapan saya. Bila dilanjutkan lagi soalan, adakah Shaklee MLM pertama? Saya anggukkan kepala dengan ukiran senyuman.
Saya bersama Master Norita ^_^

Yes. Memang Shaklee yang pertama. Sebelum ini mentaliti saya sama seperti orang lain yang menganggap MLM ni tipu orang, buat kerja untuk kayakan orang lain, tak patuh syariah dan sebagainya. Tambahan lagi saya ni tak pernah ambil sebarang makanan tambahan. Namun demikian, saya seakan tertarik untuk mengkaji lebih mendalam tentang Shaklee sebab saya perhatikan ramai senior-senior dan sahabat-sahabat saya yang sudah bersama dengan Shaklee.

Saya banyak bertanya orang sana sini, buka website, tengok blog, sehinggalah sampai satu masa, keyakinan itu hadir dengan sendiri. Alhamdulillah hingga sekarang, saya masih kekal yakin bersama Shaklee. Malah ia semakin menebal sehari-hari.

Timba Ilmu

Keputusan untuk hadir ke kelas ni pun lebih kepada gerak hati sendiri. Terbaca pos Master Farihah dalam group Surijunior, tiba-tiba timbul rasa semangat nak register. Isi borang, buat transaksi pembayaran, sup sap sup sap... terus jadi. Tak tanya pun pada sesiapa sebelum daftar. Hanya bertanya pada akak sekiranya ada plan/program lain. Biasanya kalau nak pergi kelas/training, mesti ajak orang teman. Mungkin Allah dah rencanakan untuk saya  bergerak sendiri kali ni.

Alhamdulillah~ banyak yang saya belajar dalam kelas kali ni. Ada ilmu baru yang saya peroleh dari perkongsian master-master hebat ini. InshaAllah mana tahu, akan datang saya berada di tempat mereka pula. "There can be miracles when you believe

Harus percaya sebelum berjaya!~ Nak berjaya kena ada matlamat. Nak jelas matlamat kena ada ilmu, perlu ada bimbingan. Mudah-mudahan dapat hadir lebih banyak lagi kelas lepas ni. Saya nak belajar lebih banyak lagi lepas ni. Saya mahu jadi SID, bukan setakat menjual, tapi yang boleh menyediakan perkhidmatan konsultasi terbaik untuk semua.

"Jangan takut untuk tanam impian

"A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way"

Cop~~~ cerita tak habis lagi!

Untuk sesi petang, kami melalui pemeriksaan kesihatan:
  • ukur tinggi
  • timbang berat badan
  • pemeriksaan tekanan darah
  • body mass index (BMI)
  • body fat
  • jumlah kolesterol
Selepas jalani pemeriksaan, ada sesi konsultasi disediakan - one to one session. Mereka akan berikan tips penjagaan kesihatan dan cadangan pengambilan vitamin dan sukatan yang diperlukan mengikut keperluan badan masing - masing. Habis sesi ni, masing-masing dihadiahkan Vita-Lea Iron Formula, juga tajaan oleh Master Hajah Salwa. Semua yang datang semalam dapat vitamin terbaik ni. Best kan~ Terima kasih Master Hajah Salwa :-)

Program sebelah petang diselangi dengan pertandingan mewarna untuk anak-anak serta cabutan nombor bertuah. Menarik sangat hadiah-hadiahnya. Seingat saya ada 8 Vivix, 1 pembakar roti, 1 seterika, 1 kipas angin, 1 periuk nasi, 2 vacuum,  1 TV LCD. Berbunga hati tengok Vivix dijadikan sebagai salah satu dari lambakan hadiah cabutan bertuah. Dalam hati berkata, "kalau aku tak dapat bawa balik TV, sekurang-kurangnya dapatlah bawa balik Vivix".

4 Vivix sudah diberikan pada yang bertuah.

1 pembakar roti, 1 seterika, 1 Vivix juga sudah bertuan.

2 Vivix, 1 periuk nasi, 1 kipas angin pun dah berganti tangan.

Tinggal 1 Vivix, 2 vacuum dan 1 TV belum ada yang punya.

Untuk cabutan terakhir, Master Norita yang buat cabutan. Master Naquib tunjukkan kertas pada Master Norita, dia pun baca...

0.....
.
.
.
2.....
.
.
.
.
Hati saya jerit empat.
.
.
.
.
Master sebut....4!

Alhamdulillah~ Vivix terakhir jadi milik saya! 

Suplemen idaman kini berada dalam tangan ^_^

Hadiah TV menjadi hak pemilik nombor 022. Sipi kan?

Syukur alhamdulillah. Syukur untuk semuanya. Pengalaman menarik bersama mereka yang menarik. Moga ada umur untuk berjumpa lagi.

Semua cenderahati & hadiah yang diterima ^_^

Tamat untuk semalam.

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786 

No comments: