Friday 22 May 2015

Merokok - Usaha Berhenti!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah

Alhamdulillah berpeluang mendengar perkongsian oleh Dr. Siti Munirah dan Dr. Shaikh Saifuddeen, mengenai Bahaya Rokok Menurut Pandangan Islam, kendalian DJ Siti Rohani di radio Ikim sebentar tadi. 


Bercakap mengenai rokok, dua hari lepas saya bekerja dalam keadaan 'terkepam' dengan udara yang dicemari oleh asap rokok akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab - merokok di kawasan larangan.

Saya memang kalah dengan asap rokok. Hari pertama, hidung saya dah mula buat hal. Selsema, bersin tanpa henti. Masuk hari kedua, tekak dah mula rasa perit, mata pedih, kepala pun rasa berat, hidung tak usah ditanya, memang berair setiap saat.. Nak solat pun berjurai - jurai turun. Mesti orang sebelah ingat saya nangis time solat - khusyuk sangat gamaknya :')

Akhirnya masuk hari ketiga, saya kecundang - badan panas, kepala berdenyut-denyut, batuk, hidung tersumbat. Lengkap dan sempurna. Maka MC lah jawabnya~


Perokok pasif 

Mereka yang tidak merokok tetapi menghidu kepulan asap yang dihembus oleh perokok dinamakan sebagai perokok pasif (second hand smoke). Kebanyakannya terdiri daripada golongan perempuan, kanak-kanak, dan juga bayi. Berdasarkan kajian, 30% daripada penghidap kanser atau barah terdiri daripada perokok pasif. Bukan setakat itu sahaja, kelompok ini juga terdedah kepada risiko penyakit jantung. Ada beberapa kes kematian mengejut dikalangan kanak-kanak berpunca dari asap rokok.


Ada satu lagi kajian berkaitan perokok tersier (third hand smoke). Golongan ini tidak menyedut atau menghidu asap rokok secara langsung, tetapi mereka terdedah kepada asap rokok yang melekat pada perabot, baju, alas tilam, tikar permaidani dan sebagainya. Mereka yang terdedah kepada kawasan tercemar ini dipanggil sebagai perokok tersier. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat setakat ini, perokok tersier juga berdepan risiko yang serupa dengan perokok pasif.


Ancaman


Menjadi perokok pasif dan perokok tersier bukanlah suatu perkara yang boleh 'diredhakan'. Ayah, adik-beradik, suami, kawan-kawan, saudara-mara yang hisap rokok di sebelah kita, baik di rumah, dalam kereta, dekat shopping mall atau di mana sahaja yang mereka suka sebenarnya telah mengheret kita untuk bersama-sama mereka mengalami pengalaman menderita sakit barah bersama-sama. Dalam erti kata lain 'mati secara berjama'ah'. Nampak sinis tapi itulah hakikatnya.

Kalau isteri, setakat diri sendiri mungkin boleh kata 'tak apa' walaupun hati tak rela. Demi cinta, segalanya ku terima. Lautan api sanggup ku renangi, asal dikau di samping ku selamanya. Aihh ini drama cek oi~~ bukan realiti. Cuba bayangkan asap rokok berkepul-kepul tu kena kat baby sendiri yang baru sahaja lahir berapa hari. Rasa-rasa sistem imunisasi baby tu kuat tak nak lawan 7000 bahan kimia yang dihembus oleh daddynya sendiri? Tak mengapalah kalau rasa ok baby tu kena selsema sikit, batuk sikit, semput kadang-kadang - ubat ada kan~



Masa untuk berubah

Jika anda yang membaca artikel ini adalah seorang perokok, saya doakan anda punyai azam yang tinggi untuk berhenti merokok secepat mungkin. Sekiranya anda belum disahkan sebagai pesakit barah dan peparu anda pun masih elok, anda masih belum terlambat untuk berusaha berhenti merokok. Berhenti sebelum sakit. Bila dah sakit, sudah terlambat untuk membetulkan segala-segalanya. Duit berjuta-juta pun tak akan boleh berikan kesihatan seperti dulu kala.

Jika anda yang membaca artikel ini termasuk dalam golongan perokok pasif / perokok tersier. Berusaha untuk elak. Kalau tak dapat elak, bantu mereka untuk berhenti merokok. Beri dorongan dan semangat kepada mereka.

Macam mana nak berhenti merokok

Walaupun saya bukanlah perokok, tapi saya yakin, nak berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah. Nikotin (dadah) yang terkandung dalam rokok menjadi punca kepada ketagihan yang melampau. Oleh itu, jika mereka tak dapat hisap rokok dalam satu jangka masa (berdasarkan kadar kekerapan merokok), mereka akan jadi serba tak kena - gelisah, cepat marah, letih, lesu, dan sebagainya.

Dek kerana itu, mereka yang nak berhenti merokok perlu ada keazaman yang tinggi. Kalau kuat semangat, inshaAllah pasti ada jalan terbaik.


Antara langkah-langkah yang dicadangkan untuk mereka yang nak berusaha berhenti merokok adalah:
  • Hadiri sesi kaunseling
  • Ambil suplemen / ubat-ubatan yang bersesuaian
  • Tangani 'behavior change' sebaiknya. Orang terdekat (contoh: keluarga/rakan) perlu fahami perubahan-perubahan yang berlaku dan berikan dorongan dan galakan secara berterusan.
  • Wujudkan persekitaran bebas tembakau

Oleh itu, bagi yang bersungguh nak berhenti merokok, atau nak beri galakan kepada keluarga/rakan supaya berhenti merokok, saya suka nak cadangkan Vivix - suplemen terbaik untuk manfaat 'from head-to-toe'.


Gabungan dari 4 bahan aktif yang sepuluh kali ganda lebih hebat dari resveratrol. Vivix juga tinggi antioksidan yang mampu mengelakkan kerosakan sel dan menghalang abnormal sel daripada jadi lebih teruk. Memang sangat sangat disyorkan untuk cuba Vivix.





Vivix bukan setakat untuk berhenti merokok. Vivix juga bagus untuk elak diabetes, resdung dan pelbagai lagi penyakit.


Mesti cuba hari ni!~

Berita baik~ 

Sesiapa yang beli sekarang memang berbaloi sangat.
  • dapat potongan harga 5% 
  • keahlian percuma seumur hidup (jimat RM79.50)
  • percuma vitamin tertua yang kaya dengan pelbagai khasiat, Vita-Lea (jimat RM89)
  • tiada caj penghantaran (jimat RM10.60)
  • dapat bonus wang tunai

Memang banyak betul kelebihan kalau beli bulan ni. Jangan tunggu lama-lama. Hubungi saya segera untuk konsultasi selanjutnya.

Ibarat L'oreal, kerana dirimu begitu berharga ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

No comments: