Monday 19 January 2015

Misi Kemanusiaan Pasca Banjir ke Pekan, Pahang (Siri 2)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa Alhamdulillah..

Sambung lagi kisah banjir..

Nak ceritanya.. 

Jika minggu lepas kami berhadapan dengan habuk dan lumpur kering yang degil, minggu ni lain pula kisahnya. Semalam kami dapat main air!

Allahu Akbar~

Sungguh tak sangka! Pemandangan dari simpang jalan tak menunjukkan apa-apa yang teruk. Bila berjalan terus mendekati sekolah tersebut, saya dapat lihat ada kolam berhadapan dengan sekolah. Saya kata, wah besarnya kolam! Kemudian, bila tengok balik, saya ternampak ada dua tiang. Eh.... bukan bukan!!! Ini padang sekolah!!! Allah..penuh lagi airnya. 

Saya menoleh ke kiri jalan, tempat semua berkumpul. Innalillah... sekolah juga! Air masih belum surut. Saya rasa air ni tak tahu nak kemana agaknya sebab sekolah tu berada di di antara dua kawasan yang tinggi. Kiri kanannya semua dah kering. Cuma kawasan sekolah tu je masih tenggelam. Ada cikgu tu kata, sekolah ni adalah sekolah terakhir yang akan 'timbul'. Huh..sempat bergurau cikgu ni. Kan saya dah kata mereka yang diuji ni cekal. Tenang dan cool je semua.. 

Memang betul-betul berbeza. Sungguh tak sangka, sekolah tersebut masih lagi bergenang dengan air bah. Menurut cerita guru di situ, air baru lagi nak surut. Isnin lepas (minggu yang sama kami ke sana), air masih di paras pinggang. Allah.. Allah.. macam mana adik-adik ni nak bersekolah?

......

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

No comments: