Sunday 18 January 2015

Misi Kemanusiaan Pasca Banjir ke Pekan, Pahang (Siri 1)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa Alhamdulillah.. 

Pengalaman dapat menyertai team MMU untuk Misi Kemanusiaan Pasca Banjir telah mengajar saya banyak perkara. Peluang yang sangat bermanfaat…Thanks ya Allah!~

.........

Misi kali ini tak seramai minggu lepas. Mungkin kerana short noticed. Ramai yang dah ada plan masing-masing. Ada muka baru, ada juga yang dah kenal masa misi lepas. Misi kali mengeratkan lagi ukhuwwah kami. Dari tak bertegur sapa, sampai dah boleh jadi geng bergurau senda.

Kedua-dua misi ini menempatkan kami di sekolah. Jika minggu lalu kami ke sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan, misi kali ini kami dipertanggungjawabkan untuk membantu membersihkan sekolah rendah, SK Temai di Pekan, Pahang.

Perjalanan ke sana membolehkan kami melihat sendiri keadaan Sungai Pahang dari dekat. Masya Allah, tingginya paras air, sama tinggi dengan daratan. Itu pun dah surut sikit, berdasarkan kesan yang ada pada pokok-pokok di tebing sungai tu. Air sungai belum surut betul, moga ia terus surut kembali ke paras asalnya. 

........

Berbalik kepada cerita sekolah tadi, SK Temai ni sebuah sekolah yang agak pedalaman saya kira. Berbual dengan cikgu yang mengajar di situ, beliau menyifatkan sekolah tersebut sebagai SKM (sekolah kurang murid).. setiap tahun/darjah cuma ada 1 kelas sahaja dengan purata bilangan pelajar adalah sekitar 20-23 orang sahaja. Terkelu saya..

Apa yang menarik pandangan saya, sekolah ini dipenuhi kata-kata semangat. Di setiap tempat dan di setiap sudut, ada sahaja kata-kata pemangkin dan galakan dari guru-guru dan juga bekas pelajar di situ.

So motivated!~

Ok, cerita baru nak mula, tapi nanti sambung lagi~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

No comments: