Thursday 22 January 2015

Misi Kemanusiaan Pasca Banjir ke Pekan, Pahang (Siri 3)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

...................

Sebenarnya kami agak buntu. Kalau minggu lepas, kawasannya dah kering, kami dah tahu.. 

~ oh tandas ni perlu dicuci,
~ dinding ni kena gosok, 
~ oh lantai kelas dan pejabat harus disental,
~ kerusi ni pun nak kena tembak dengan 'water jet'. 

Hari tu saya tak tahu mana nak mula, dalam keadaan air masih penuh atas jalan dan longkang, punca air bersih untuk mencuci pun ada satu je.

Tapi kami masih bersemangat membantu. Membantu mana yang perlu. Membantu sekadar yang termampu. Mujur juga kami tidak bersendirian. Bersama-sama kami di SK Temai adalah team UM, UTHM, bomba dan juga beberapa kumpulan lain yang tidak kami kenali. Semua datang untuk membantu. Guru-guru tersenyum kesyukuran melihat kami semua datang untuk  bersihkan sekolah.

Sesuatu yang berbeza tentang sekolah ni berbanding sekolah di Tanah Merah yang kami pergi minggu sebelumnya.. mereka seperti telah bersedia untuk berdepan dengan banjir. Kelas-kelas di bahagian bawah semuanya kosong. Kerusi dan meja kayu telah dinaikkan ke tingkat atas. Yang ada cuma kerusi plastik di kawasan kantin sekolah.

Pengstrukturan lokasi kelas, pejabat dan makmal komputer juga nampak sangat strategik. Pejabat dan bilik guru ditempatkan di tingkat 2 sekolah, sementara makmal komputer pula diletakkan di bangunan berasingan yang dibina tinggi.

Bila berbual dengan salah seorang cikgu di situ, barulah kami tahu sekolah tersebut memang dinaiki air (banjir) setiap tahun! Hanya paras air sahaja yang berbeza. So mereka dah bersedia dari awal. Cuma kali ini mereka tak sangka air naik tinggi. Mujur juga air tak naik sampai ke tingkat 2. Makanya dokumen-dokumen penting dan bahan PNP masih selamat. Alhamdulillah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Inilah padang sekolah yang disangkakan
kolam tu :-D

Masjid cantik, tempat kami singgah untuk solat Subuh. 

Masjid ini juga mempertemukan saya dengan seorang mangsa banjir yang kebetulan ada di situ untuk menerima bantuan banjir. Mengikut cerita kakak tersebut, rumahnya tak pernah dinaiki air sebab berada di kawasan yang tinggi. Apa yang lebih sayu, air naik ketika beliau sekeluarga tiada di rumah, masing-masing sedang bekerja. 

Bila nak balik rumah, air dah penuh atas jalan. Walaupun mereka menggunakan kenderaan pacuan 4 roda, mereka tak dapat nak balik kerana air terlalu deras. Kesian mereka, bila mereka dibenarkan pulang, semuanya habis musnah; perabot, barangan elektrik, perkakas rumah dan banyak lagi. 

Namun suatu yang saya banggakan adalah mereka tetap melahirkan rasa kesyukuran kerana mereka sekeluarga masih bernyawa. Semoga Allah datangkan ketenangan dalam hati mereka dan menggantikan segala kerosakan tersebut dengan sesuatu yang lebih baik.

................

Inilah sedikit coretan perjalanan saya dan team MMU untuk misi kemanusiaan pasca banjir. Moga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kami jalankan di sana. 

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

No comments: