Thursday 7 April 2016

7 Tanda Kekurangan Omega 3

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Tubuh manusia tak dapat menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendiri. Kita perlu supply Omega 3 pada tubuh kita secara teratur melalui diet (pemakanan) harian kita, kerana ianya sangat penting untuk kesihatan. Asid lemak ini mempunyai peranan yang penting dalam berbagai fungsi tubuh. Ia membantu membina membran sel yang kuat bagi mencegah kerosakan sel, membantu mencegah pembekuan darah yang tak perlu, membantu mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser, inflammation, penebalan arteri, kolesterol dan kadar trigliserida tinggi dan obesiti.


Dengar Doktor kata apa:


Kita tak boleh hasilkan tapi kita sangat perlukan, nak buat macam mana tu?

7 tanda kekurangan asid lemak:
  • Kulit kasar dan kering
  • Rambut kering, kusam, rapuh dan berkelemumur
  • Kuku rapuh dan mengelupas
  • Rasa dahaga dan kerap buang air kecil
  • Masalah tidur (susah nak tidur pada waktu malam dan bangun pagi)
  • Masalah perhatian (mudah terganggu, susah nak fokus dan daya ingatan yang lemah)
  • Emotional sensitivity (contoh: kemurungan, anxiety - rasa bimbang yamng melampau, mood swing yang berlebihan)

Jika anda mengalami dua atau lebih gejala-gejala ini, berkemungkinan besar anda kekurangan Omega-3. Kekurangan boleh diperbaiki dengan manipulate semula faktor-faktor pemakanan dan lifestyle kita.

"Diet is important to start address first, but be mindful that not everyone has the same requirements or ability to digest these fats properly. Supplementation with a combination of omega-3 and anti-inflammatory omega-6 GLA may benefit those who cannot obtain sufficient levels from their diet due to increased requirements, existing health conditions or difficulties with metabolising fats."



Sumber zat Omega-3 ada 3 jenis:
  • DHA dari ikan
  • EPA dari ikan
  • ALA dari tumbuhan

EPA dan DHA boleh didapati dari ikan seperti salmon, mackerel, herring, ikan, dan tuna. Sementara ALA boleh dapat dalam minyak biji rami, minyak canola, minyak kedelai, minyak biji labu dan minyak kenari, kacang-kacangan, biji-bijian, sayuran berdaun hijau seperti selada, brokoli, kale, dan bayam. 


Tapi kena ingat, untuk dapat manfaat Omega-3 secara maksimum, cara penyediaannya mesti dengan cara yang sihat. Memasak terlalu panas seperti menggoreng atau memanggang boleh menghilangkan manfaatnya. 

Bagi yang mencari suplemen tambahan, Omega-3 biasanya disediakan dalam bentuk kapsul minyak ikan atau minyak ikan cod. Minyak ikan mesti disimpan di dalam peti sejuk (fridge), dan pastikan anda baca dulu label pada packaging berkenaan. Pastikan ia tidak mengandungi bahan tercemar logam berat seperti merkuri, timbal dan kadmium.

Perhatikan jumlah EPA dan DHA, bukan jumlah total minyak ikan.

Jadilah pembeli yang bijak!

Promosi Minyak Ikan Omega Guard sepanjang April 2016
Sumber:

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: