Wednesday 6 April 2016

13 Petua Redakan Batuk

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Anda pernah alami batuk berpanjangan?

Tak selesa kan?

Tekak pun rasa perit je.

Bertambah-tambah haru kalau hari tu kita kena handle event, meeting atau mungkin pada ketika itu ada kalangan kita yang masuk pertandingan nasyid atau musabaqah! Rasa macam nak minta tangguh je, kan? 

Punca kita batuk boleh jadi dengan pelbagai sebab. Antaranya: 
  • demam, selsema
  • jangkitan pada salur pernafasan atau peparu.
  • alahan
  • asma
  • merokok
  • habuk
  • asap 
  • terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja
  • tekanan

Saya share kan di sini beberapa tips untuk redakan batuk. Ia mungkin berkesan untuk anda dan mungkin juga sebaliknya. Bergantung pada sistem pertahanan badan dan surrounding kita (contoh: nursery, sekolah, kolej, universiti, pejabat, tempat tinggal dan sebagainya). Apa yang penting, kita doa dan usaha dulu. 

Ok, jom baca satu per satu.

1. Mandi air panas


Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengelakkan batuk berpanjangan. Cara ini sebenarnya merupakan terapi terbaik untuk badan - membantu melancarkan kitaran darah serta membantu saluran nafas untuk kembang.

2. Minum teh dan madu


Minum teh diperakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila kita tambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai effect terapeutik (healing crisis) yang membantu kepada proses pemulihan. Jika tak suka atau tak boleh minum teh, boleh ambil madu sahaja. Boleh makan terus atau campurkan dengan air panas. Jangan banyak sangat, satu sudu teh inshaaAllah memadai.

3. Buat spa / urutan


Apabila sakit batuk mula berkurangan, ada juga yang menggalakkan untuk pergi spa, buat urut badan. Ia dikatakan boleh melancarkan perjalanan darah serta membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan kita. Pastikan minum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan kita alami perubahan fizikal dengan baik.

4. Makan kunyit


Ada petua yang mengatakan bila batuk (terutamanya batuk kering), makan masakan yang berasaskan kunyit. Masakan seperti lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak rasa selesa selain membantu meredakan batuk.

5. Minum Air


Antara sebab kenapa kita boleh batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, minum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui urine. Namun mesti kena ingat, bila kata minum air sebenarnya merujuk kepada air kosong atau air mineral. Air yang berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. Makan sup ayam


Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair. Seeloknya masaklah sendiri sup ayam di rumah supaya kita dapat jaga kebersihan bahan dan alatan yang digunakan semasa penyediaan. Boleh sahaja beli dekat luar tetapi sangat jarang (susah) untuk dapat masakan sup ayam yang pure - yang tidak dicampur perisa tambahan seperti stok, ajinomoto, MSG, garam berlebihan dan sebagainya.

7. Makan coklat


Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan kita. Maka, minum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk dari semasa ke semasa. Jangan bancuh terlalu pekat, kerana ia boleh menyebabkan minuman 'melekat' pada tekak dan menyebabkan rasa tak selesa.

8. Makan aiskrim vanilla


Makan ais secara perlahan-lahan dan berterusan. Dikatakan batuk akan hilang dalam masa beberapa jam. Seeloknya makan ketika ice cream dah start melting.

9. Guna Menthol


Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama kepada batuk dan ia juga meningkatkan risiko batuk menjadi lebih teruk daripada biasa.

10. Amalkan makan minyak ikan



Minyak ikan Omega Guard adalah antara makanan tambahan yang sangat digalakkan untuk kita ambil setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh badan. Antara fungsinya adalah untuk membantu mengurangkan keradangan di salur nafas, meningkatkan sistem imun tubuh, menggalakkan kesihatan paru-paru serta membantu mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, dan SLE (lupus erythematosus).

11. Tinggikan kepala ketika tidur


Sememangnya waktu yang paling sukar untuk tidur adalah apabila kita batuk. Tidur sepanjang malam akan jadi tak lena. Boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala ketika kita tidur kerana apabila kepala lebih tinggi sedikit daripada badan, ia membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung hilang daripada salur penafasan. Boleh tinggikan kepala, lebih kurang 4 inci, bergantung pada keselesaan.

12. Elak guna kipas ceiling


Kipas angin hanya menggerakkan udara. Udara yang beredar di sekeliling kita tidak ditapis dan berkemungkinan udara yang kita sedut mengandungi bakteria, kuman dan mungkin juga ada virus. Oleh itu, bagi yang ada kipas, ketika tidur jangan gunakan kipas ceiling. Jika rasa panas, pakai kipas meja. Pastikan angin kipas tidak dihalakan terus ke muka untuk elakkan habuk yang dibawa berterbangan kena terus pada kita.

Jika guna aircond, pastikan set temperature jangan terlalu sejuk, untuk bayi yang masih kecil, suhu 24 darjah celcius dah memadai. Suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering sebab aircond boleh menyerap lembapan. Namun demikian, jika nak dibandingkan dengan kipas, aircond lebih bagus untuk anak-anak atau sesiapa yang ada masalah asthma kerana ia boleh sedut habuk dan tiny particles. Air circulation lebih terkawal. Tetapi hati-hati. Mesti kena selalu service filter aircond. Dan sama juga, jangan letak bayi direct menghala ke aircond. Kalau ada timer, set self timer untuk tutupkannya selepas 30 minit supaya ia tidak terpasang sepanjang kita tidur.

13. Jaga kebersihan persekitaran


Perhatikan kebersihan tempat tinggal kita. Ada sebahagian batuk berpunca dari alahan pada habuk. Sekiranya kita sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa jua ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.

.
.
.


Hendak diingatkan sekali lagi, ini hanyalah antara petua-petua yang biasa diamalkan. Ia adalah antara jalan ikhtiar menuju kesembuhan. Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

Kita doa.
Kita usaha.
Kita tawakal.

Kesembuhan hanya dari Allah yang Maha Berkuasa.

Saya doakan anda dan keluarga semuanya memperoleh kesihatan yang terbaik.


Sumber:

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: