Tuesday 8 December 2015

Minda Positif

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...



Senang ke nak pengaruh otak minda kita untuk sentiasa bersangka baik dan positif sentiasa?

Ianya mungkin mudah kalau semua perkara yang kita buat berjalan lancar seperti apa yang kita mahukan. Tetapi ia akan jadi sebaliknya bila ujian dan cabaran kehidupan datang bertamu. Apa yang kita harapkan tidak berlaku, apa yang kita ada hilang sekelip mata. Time ni nak kekalkan pemikiran yang positif bukan semudah baca sifir 1 hingga 9.

Saya sendiri bukanlah seorang yang pandai control minda untuk selalu fikir perkara-perkara yang positif. Sangat jarang berangan nak capai itu dan ini. Bila nak buat sesuatu, saya akan fikir consequences padahal saya tak buat pun lagi. Suka predict yang bukan-bukan. Benarlah minda negatif adalah aura pemusnah. Saya jadi tak berani nak cabar diri untuk buat sesuatu di luar kebiasaan. Itu saya yang dahulu.

Takdir Allah menemukan saya dengan Shaklee, dan menempatkan saya bersama keluarga Shaklee yang baik-baik belaka. Minda positif ini hasil cetusan daripada mereka. Mereka ajar saya untuk didik diri dengan jiwa positif.

  • tulis yang baik-baik pasal diri
  • fikir yang baik-baik pasal diri
  • cakap yang baik-baik
  • tulis apa yang kita nak capai



Berfikir, bercakap dan menulis apa sahaja yang positif sebenarnya mendorong diri kita mendekati perkara-perkara yang luar biasa hebat. Secara tak langsung, antara sedar atau tidak, kita sedang meningkatkan motivasi diri, meneguhkan kepercayaan dalam diri bahawa "SAYA MAMPU LAKSANAKAN", "SAYA BOLEH LAKUKAN".


"Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku."

(Muttafaqun 'alaih)


“Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap pada Allah dan meminta ampunannya.”

(Syarh Muslim, 17 : 2)


Kekal positif bukan soal 'meletakkan' senyuman palsu di bibir atau percaya yang kita boleh buat semua benda sendirian. Tetapi menjadi positif adalah bila mana kita boleh berfikir secara optimis dan menjalani kehidupan dengan harapan dan keimanan bahawasanya kita hidup bertuhan.

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

(Surah Al-Mukmin: 60)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Surah Al-Baqarah: 186)


Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.

(HR At-Tirmidzi)


"Terus meminta dengan doa dan memohon keampunan Allah disertai rasa penuh harap padaNya adalah jalan mudah mendapatkan maghfirah (pengampunanNya)."


Jujurnya saya tidak selalu berfikiran positif setiap masa. Namun, saya tetap berusaha ke arah itu setiap hari. Alhamdulillah sekarang ni bila rasa down, saya tengok balik apa yang saya nak capai. saya tengok apa yang tulis. Saya perbaharui niat dan mula semula. Syukur, ia sangat berkesan. Anda pun boleh cuba.



7 Tips Pupuk Jiwa Positif Setiap Hari

  • Cakap positif pada diri
  • Imej (gambaran) positif tentang diri
  • Orang positif
  • Makanan minda positif dengan ilmu bukan berita
  • Perkembangan diri positif dengan seminar dan latihan
  • Tabiat kesihatan positif
  • Jangkaan positif
Sumber: Prof. Dr. Muhaya


The measure of our success will not be determined by how we act during the great times in our life but rather by how we think and respond to the challenges of our most difficult moments.

The fact is no one goes through life untested. If you study history and business you will find that every great leader and team had to overcome adversity and challenges to define themselves and their success.


Kekalkan rasa dan jiwa positif Aini!


Starting the day with a positive affirmation is one of the absolute best things you can do for yourself!


I am going to have a great day today!

There is so much to look forward to!

I am living a wonderful life!

I believe something wonderful will happen to me today!

Everything is going really well!

I feel luxurious. I feel happy. I feel safe!


If you realized how powerful your thoughts are you would never think a negative thoughts again.



Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: