Thursday 6 August 2015

7 Tips Hilangkan Bau Badan (Armpits)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Saya dah share 7 Sebab Badan Berbau Tak Best. Tapi persoalannya, macam mana nak hilangkan bau badan?



Meh saya share TIPS 'MENEUTRALKAN' BAU KAWASAN BAWAH LENGAN.

**********************************************************************

1. Rajin-rajin mandi. Paling kurang (minimum) 2 kali sehari.

2. Rajin-rajin buang 'hutan simpan' kat bawah lengan tu. Jangan dibiar panjang. Afdhalnya mencabut. Tapi jika sakit, boleh cukur. Yang penting, kena bersihkan.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Ada lima macam fitrah, iaitu: khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” 

[HR Bukhari dan Muslim]

Dari Anas bin Malik r.a,

“Kami diberi batasan waktu oleh Rasulullah untuk mencukur kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, tidak dibiarkan lebih dari 40 hari.” 

[HR Muslim]



3. Guna limau purut. Belahkan limau purut tu dan gosokkan di bahagian ketiak ketika mandi. Ini antara cara untuk hilangkan daki pada kawasan berkenaan.

4. Gosok ketiak menggunakan lutut. Haa pernah dengar tak?? Rare kan~ Petua ni saya dengar sejak saya kecil lagi. Bagi yang berbadan kurus, senanglah nak buat cara ni. Bagi yang bersaiz besar sikit, mungkin ada kesukaran kalau nak buat. Tapi jika berkehendak, boleh usaha. :-)

5. Guna deodorant. Pilih deodorant yang bersesuaian dengan tubuh kita. Ada orang tak suka guna deodorant - takut bahagian ketiak baju menjadi kuning dan mengeras, ketiak jadi gatal dan sebagainya. Tetapi, tak semua berdepan dengan masalah ni.

6. Guna bedak ketiak. Biasa ada jual kat kedai-kedai jamu/herba atau di kedai India.

7. Amalkan Shaklee Alfalfa Complex. Alfalfa mengandungi zat anti-bakteria di dalam klorofilnya. Ia dapat mengatasi bau badan dengan membunuh bakteria di dalam tubuh. Ini yang saya amalkan sekarang. Mudah & murah. So far saya memang berpuas hati.




Nah 7 cara saya share untuk hilangkan bau hangit, 'masyam' bawah lengan tu. Boleh buat mana-mana, ikut suka. Nak combine semua pun boleh. Lagi baik. Yang penting, kena RAJIN. Nak sihat, nak bersih, nak cantik, kena RAJIN. 


”Sesungguhnya Allah swt itu indah, Dia menyukai keindahan, Allah itu baik, Dia menyukai kebaikkan, Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan...”

(HR. Tirmidz).


Nota: Jika badan berbau disebabkan berpeluh secara berlebihan atas faktor penyakit tertentu, maka penyakit itu perlu dirawat. Dalam kes ini, tips di atas mungkin tidak membantu secara menyeluruh. 

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: