Friday 7 August 2015

7 Fakta Keistimewaan Bangun Pagi (dari aspek Kesihatan)

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Tahukah anda?

Mereka yang bangun awal pagi tu sangat beruntung. Bukan setakat pada rezeki, orang yang suka bangun pagi juga beruntung dari aspek kesihatan.
  • Dapat hirup udara segar dengan tahap pencemaran yang rendah
  • Memaksimumkan fungsi otak
  • Mencegah kerosakan peparu
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kekebalan (daya tahan) tubuh


  • Memperoleh Kalsium dan Vitamin D (berpunca dari sinaran pancaran matahari) yang baik untuk kesihatan tulang. Berjemur dibawah paparan sinar mentari pagi sebelum pukul 9.00 pagi dianggap baik bagi memenuhi keperluan kalsium dan vitamin D dalam tubuh kita.
  • Rasa bahagia. Hasil kajian dari Roehampton University menyatakan bahawa bangun pagi membuatkan tubuh kita lebih sihat, mood yang baik, dan memungkinkan kita mendapat BMI yang ideal.
Apa kaitan bangun pagi dengan BMI?

Bila kita bangun awal, kita ada masa yang banyak sebelum keluar bekerja atau belajar. Antaranya adalah bersarapan. Mereka yang bersarapan cenderung memiliki pola pemakanan yang teratur. Tetapi ramai mereka di luar sana cenderung makan 'brunch' (late breakfast + lunch) kerana alasannya tak sempat. Kenapa tak sempat? Sebab bangun lambat. Kenapa bangun lambat? Tidur lewat. 

Oleh itu, selepas ni, tidur awal, boleh bangun awal, dapat sarapan awal, pergi kerja pun awal. Best kan kalau macam ni?

Mestilah best! Semua kerja dan aktiviti lebih tersusun.

InshaAllah. Kita boleh! Rancang masa elok-elok.


"Mereka yang bangun pagi cenderung lebih sihat dan lebih bahagia,
- Dr Joerg Huber (Medicmagic)-



Jom bangun pagi!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: