Wednesday 20 January 2016

Yassin Pemula Hari

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Assalamu'alaikum sahabat-sahabat kesayangan Allah. 

Apa khabar pagi ni?

Sihat cergas ke lesu mengantuk? :-)

Jom. Saya nak ajak sahabat-sahabat semua, hari ni kita mulakan pagi kita dengan Surah Yassin. 

Kenapa Yassin?

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam telah bersabda yang bermaksud: 

“Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."

13 sebab Yassin pemula hari

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika mereka yang keluar bermusafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali”

12. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam lagi:

“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

14. Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam bersabda lagi:

“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat lag, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua AlMulk, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .

Set dalam minda, 'kita buat untuk redha Allah'. InshaAllah jika betul niatnya, betullah yang Allah bagi. Anda baik yang kita harapkan, nescaya baik jugalah yang Allah kurniakan.

Percaya dan yakin. Tips kepada amalan yang konsisten adalah kita percaya dan yakin Allah adalah (sentiasa) Yang Maha Berkuasa untuk hadiahkan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu.


Sembah Allah. Jangan syirik dengan Allah.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: