Saturday 30 January 2016

Jerawat, signal badan tak sihat.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Awak ada masalah jerawat?

Biasanya kebanyakan orang kena (ada masalah jerawat) di bahagian muka. Tapi tahu tak sebenarnya jerawat boleh timbul dekat 12 tempat pada tubuh kita. Dan tahu tak lagi, jerawat merupakan indicator kepada jenis masalah kesihatan yang kita sedang alami (tanpa sedar).

Haaaa... Jom check!

14 kawasan berisiko jerawat:

1: Bawah dagu dan leher

[Masalah Hormon]

Selain muka, kadang-kala kita boleh lihat ada orang yang jerawatnya tumbuh dekat bahagian ini. Area leher berhubung dengan kelenjar hormon. 

Jika ada jerawat di area ini, berkemungkinan disebabkan kita tengah stress atau terlalu banyak ambil gula. Dan boleh jadi juga disebabkan oleh kolar baju atau hujung rambut yang tak bersih menyebabkan kulit bahagian leher dijangkiti kuman.

2 dan 3: Bahu

[Stress]

Bila kita perasan tumbuh jerawat pada bahagian ini, bermakna kita dalam keadaan sangat tertekan dan drop / down. Jerawat pada area ini memang berhubungan dengan keadaan fikiran yang sensitif dan rapuh. Boleh berlaku pada masa sebelum menstruasi.

Selain itu, faktor lain juga boleh boleh jadi disebabkan pakaian atau beg tangan yang bergesel dengan bahu. Peluh dan sensitiviti kulit pada produk yang digunakan boleh menyumbang kepada masalah ni.

4: Dada

[Masalah Pencernaan]

Jerawat di kawasan atas dada menandakan seseorang tu mengalami masalah pencernaan. Boleh jadi juga bila tengah lakukan diet, makan makanan pedas-pedas atau terlalu banyak minum minuman sejuk. Satu lagi, baju terlalu ketat pun boleh menimbulkan jerawat bila badan berpeluh.

5 dan 6: Lengan

[Kekurangan Vitamin]

Jangan tak percaya. Jerawat pun boleh tumbuh dekat lengan. Ia ada kaitan dengan kondisi dalam tubuh yang ternampak kat kulit. Untuk kes ni, boleh start consider untuk ambil vitamin bersesuaian untuk kulit dan tubuh. Boleh juga banyakkan makan buah-buahan tapi hati-hati, pilih buah-buahan yang bersesuaian.

7: Perut

[Gula Darah]

Pernah rasa jerawat muncul di bahagian perut?

Tahu tak perut ada banyak kelenjar minyak. Bila ada jerawat di area tersebut, ia boleh berpunca disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang tinggi. Faktor lain yang common ialah kerana peluh, bergesel dengan pakaian dan produk penjagaan kulit.

8: Miss V

[Kebersihan]

Bila jerawat muncul di area ini, memang cukup mengganggu dan susah nak hilangkan. Biasanya terjadi karena tak jaga kebersihan kawasan berkenaan secara serius. Jaga Miss V agar tetap bersirkulasi dengan menggunakan pakaian dalam yang selesa bagi mengelakkan ia jadi semakin teruk.

9 dan 10: Paha 

[Kulit Sensitif dan Alergi]

Jerawat yang muncul di area paha mungkin disebabkan oleh kulit kering, sensitif atau mengalami alergi. Boleh jadi ada alahan dengan makanan, material pakaian atau produk penjagaan kulit yang lain.

11 hingga 14: Belakang badan 

[Kecemasan Dan Masalah Pencernaan]

Bila ada jerawat di area ini (belakang badan, pinggang dan punggung), mungkin kita tengah alami kecemasan dan mungkin juga masalah pencernaan. Ketika kita rasa cemas atau tengah ketakutan, kita akan banyak berpeluh dan rasa rimas dan tak selesa mampu menimbulkan jerawat. Kalori berlebihan juga boleh sebabkan tumbuhnya jerawat.

Cukup dah 14 tempat.

So, pergi tengok dan belek badan sendiri. Kalau ada kat salah-satu dari tempat-tempat yang disebutkan, kita tahu dah apa nak buat, kan?

Sila jaga kebersihan dan kesihatan diri.


Salam sayang,


Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Hubby kakak kadang ada jerawat kat belakang badan
Kakak sebulan sekali akan tumbuh ikut suka dia - kadang dahi, kadang dagu. Yg sakit kalau kat hidung aduhai... :)

Unknown said...

Jerawat kat muka tu biasalah tu kak untuk perempuan. Lagi-lagi time Abc :-) Tapi kadang-kadang ada kaitan juga dengan dalaman. Jerawat tang badan tu lagilah haru. Nanti gatal badan, bila dah syok garu, sekali terkena jerawat. Sakit! Hehe