Monday 4 January 2016

Checklist Membuat Perubahan Positif Sepanjang 2016

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Hari ini, 4 Januari 2016

Hari pertama bekerja untuk 2016.
Hari pertama persekolahan sesi 2016.
(kecuali Johor dan beberapa negeri lain yang telah mula sejak semalam).


Sempena tahun 2016 ni, saya nak ucapkan Selamat tahun baru kepada sahabat-sahabat blogger, juga sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog saya. Saya doakan semua sekali sahabat-sahabat saya Sihat, Beriman, Bahagia, Kaya dan Berjaya.

Saya juga doakan semoga kita semua dapat tingkatkan pendapatan hidup pada tahun ini sebanyak 20%-30% berbanding tahun lepas. Dan juga, semoga azam tahun ini dapat tercapai dalam masa yang telah kita tetapkan.


Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru.

Sempena tahun baru ini, jom tanamkan azam baru, semangat baru.

1. Set matlamat kita. (dengan sejelas-jelasnya)
2. Tekad nak ubah hidup.
3. Banyak bertindak dari merenung nasib.

Jika ada sahabat-sahabat yang baru nak mula berniaga, jadikan tahun ini tahun kegemilangan, tahun menuai hasil.

"Jangan biarkan halangan (disebabkan kita tak tahu) sebagai batu penghalang untuk kita berjaya..."

Alang-alang bertekad, biar sampai jadi, kan?

Tak ada benda yang perfect kat dunia ni. Jika kita ada perancangan, rangka plan sikit-sikit dan terus mula. Akan datang kita boleh touch-up ikut mana yang perlu.

Bertangguh tu merugikan masa!

Jadi, hari ini saya nak share "The 52 Lists Project". Senarai semak untuk perubahan positif sepanjang 2016. Apa yang kita nak capai? Apa penguat semangat kita? Semua kena tulis. Saya dapat semalam masa belek-belek website pinterest. Setiap satu daripada list ni hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk kita lengkapkan.

Nota: Isi senarai ini mengikut turutan seperti yang dipamerkan di bawah, kerana susunan ini penting.








Print. Tulis. Tampal.

Happy new year!


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: