Tuesday 22 December 2015

Awas, bahaya terlebih kafein!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah...

Malam tadi teman kakak jumpa kawan. Pakat jumpa dekat Old Town. Sampai situ, tengok menu, teringat lama dah tak minum Old Town White Coffee. Dulu masa belajar, hari-hari minum. Siap buat stok yang perisa Hazelnut tu. So order la Old Town White Coffee Hazelnut gelas besar, konon nak lepaskan gian~


Air sampai. Super excited tengok air terus sip seteguk. Zuppp 'dia' tangkap kat kepala. Rasa pening. Pelik, tadi siang tak ada apa pun. Lepas minum jadi macam tu; Kepala berat, badan rasa berangin, tekak loya dan kemuncaknya, kena diarrhea. :-(

Tahukah anda, itu adalah kesan sampingan akibat terlebih kafein??

Kesan kafein pada tubuh sebenarnya bergantung kepada sistem saraf seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga dipengaruhi oleh berat badan, jantina serta beberapa faktor penyokong yang lain. Bagaimanapun perlu diketahui bahawa setelah mengambilnya, kafein boleh bertahan dalam tubuh badan manusia selama 8 jam!

Pengaruhi jantung dan sistem darah

Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.

Pencernaan perlahan

Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.

Kesan terhadap sistem saraf

Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.

Bahaya kepada pesakit diabetes

Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh organ pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.

Impak tekanan dua kali ganda

Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila ‘dibebankan’ dengan kafein di dalamnya.

Sumber: Mingguan Wanita

Jadi, berhati-hatilah.

Kita yang sekarang, menentukan kita pada masa akan datang.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: