Tuesday 29 December 2015

9 Cara Membiasakan Diri Minum Teh

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Jom nak cerita lagi pasal teh.

Biasakan diri untuk minum teh. 

Untuk dapat dan rasakan khasiat teh, anda kena mula minum teh kosong (tanpa gula) setiap hari, sekerap mungkin. Kalau rasa susah, tak sedap, jarang biasakan, possibility untuk kekalkan konsistensi selalu minum teh pasti tak mudah.

Jadi, macam mana nak biasakan?

Permudahkan cara untuk minum teh.


Cara nak mulakan habit ni mudah sahaja. Siapkan bahan dan keperluan untuk bancuh teh. Jika anda bekerja 8 jam sehari, siapkanlah teh, termos, cawan atau botol air, bawa ke tempat kerja. Bila teragak nak minum dah ada semua barang, boleh terus bancuh. Nak lagi best, ajak sekali kawan-kawan kerja minum teh sama-sama. Jika rasa nak bancuh sepeket atau seuncang teh terlalu banyak untuk anda, ajaklah orang lain untuk minum sekali. Benda dah tersedia, terhidang depan mata, jarang sangat ada yang menolak. Sebelah malam, ajak keluarga atau kawan-kawan rumah pula minum teh. Berkongsi dan buat sesuatu sama-sama kan nikmat.

Peraturannya cuma satu: TAK BOLEH ada krimer, susu, dan gula. Kalau nak dapatkan khasiat maksimum, dan turunkan berat badan, pastikan teh tawar, kosong tanpa gula atau apa sahaja yang memaniskan teh berkenaan. Ketahuilah teh bukan lagi teh selepas anda tambahkan susu atau gula. Sorrylah.. memang begitu caranya.

Ganti kopi setiap pagi dengan teh.

Mulakan hari anda dengan secawan teh segar, bukan lagi kopi seperti kebiasaannya. Orang yang minum teh juga dapat mengurangkan pengambilan kalorinya, terutamanya ketika makan di kafe atau tempat lain di luar. Ketahuilah terdapat banyak jenis minuman di luar mengandungi beratus kalori, tapi jika anda minum teh, kalori yang ada jauh lebih sedikit.

Seperti yang saya nyatakan di atas, anda kena minum teh tawar. Susu yang ditambahkan ke dalamnya dapat menghilangkan fungsi teh dalam mengusir lemak (senyawa flavonoid). Selain itu, ada kajian menyatakan bahawa susu skim adalah pilihan yang terburuk! Terkejut?

Rujukan: www.dailymail.co.uk

Kajian ini dilakukan ke atas susu sapi. Anda boleh saja nak tambah susu soya atau almond, tapi besar kemungkinan khasiat dan fungsi teh akan berubah.

Pesan 'teh O ais kosong' sebagai pengganti minuman manis.


Minuman bergas (terutamanya) dapat menghalang dan melambatkan penurunan berat badan. Natrium yang terkandung dalam soda diet dapat menahan air dalam tubuh, jadi pilihlah minuman yang lebih sihat; Teh O Ais Kosong. Tahu tak, air ni juga merupakan pilihan yang bagus sebab ia mengandungi kafein yang dapat menyegarkan anda ketika siang hari, teh sejuk atau teh panas dapat memberikan anda khasiat yang sama, selagi mana ia tak bergula.

Lagi cepat anda berhenti ambil makanan dan minuman yang merapu tidak sihat, dan selalu amalkan minum teh tawar, lagi cepat turun berat badan. Kandungan kalori dalam teh cukup rendah (jika anda meminumnya dengan betul), serta dapat mencegah anda mengambil makanan berkalori tinggi. Konsep ini sama seperti menurunkan berat badan dengan minum air.

Minum teh waktu petang untuk kurangkan rasa lapar.


Jika tergoda dengan kuih-muih di tepi jalan atau pun makanan ringan dalam vending machine, buat teh sebagai ganti. Jika anda pilih untuk minum teh, kandungan EGCG di dalam teh hijau dapat menurunkan kadar glukosa, sekaligus dapat melambatkan rasa lapar dan membantu menahan rasa nak mengunyah.

Selain itu, kita boleh ambil masa untuk berehat sebentar ketika nak sediakan teh. Boleh berjalan ke pantry (salah satu cara bersenam selepas duduk lama), reset minda, dan fikir perkara-perkara yang positif. Gunakan kesempatan ni untuk bertegur sapa dengan rakan pejabat,  dan makcik atau pakcik cleaner. Secara tak langsung, anda dah create satu cara mudah untuk tenangkan diri, bersantai, dan bersosial hanya dalam masa 5 minit!

Minum segelas penuh teh sebelum makan malam.


Minum segelas penuh teh sebelum makan malam dapat mengisi perut dan mengurangkan nafsu membuak-buak nak makan macam-macam. Semestinya makan malam yang sihat tetap penting. Tapi, minum teh juga penting. Teh dapat meningkatkan tahap metabolisme tubuh kita. Ini penting bagi mengurangkan kalori dan seterusnya membantu menurunkan berat badan anda.

Minum teh herba (tanpa kafein) sebelum tidur.


Minum teh herba panas-panas sebelum tidur dapat membantu menenangkan fikiran dan tubuh kita. Tidur yang nyenyak di malam hari boleh mempengaruhi penurunan berat badan. So, minumlah teh sebelum tidur. Cumanya, jangan minum teh terlalu dekat dengan waktu tidur; takut kerap terjaga untuk buang air, lebih-lebih lagi bagi mereka yang hamil atau mereka yang mengalami masalah saluran punding kencing. Setengah jam selepas dinner should be OK.



Rancang waktu untuk minum teh.

Beberapa pakar menyatakan bahawa untuk dapatkan manfaat teh secara maksimum dalam menurunkan berat badan, kita kena minum teh tertentu pada waktu tertentu. Walaupun minum teh dah sememangnya bagus, namun kena juga consider untuk minum teh yang berbeza pada waktu yang berbeza untuk tahu jenis teh yang mana yang paling sesuai untuk kita.
  • Teh putih dapat menghalang penyerapan lemak. Sesuai diminum sebelum lunch.
  • Teh bilberry dapat menyeimbangkan kadar glukosa tubuh. Paling berkhasiat diminum masa makan malam.
  • Teh pu-erh, teh hijau, dan teh oolong dapat boost metabolisme tubuh. Teh jenis ni sesuai diminum waktu pagi (juga sepanjang hari!).
Rujukan: www.doctoroz.com

Minum teh dalam perjalanan.


Banyak masa kita habis dekat atas jalan. Kita travel pergi kerja, jumpa client, appointment dengan doktor, pergi pasar, jalan-jalan cari makan dan sebagainya. Kadang-kadang stress kan? Cubalah minum teh masa dalam perjalanan. Bagi saya, ia sangat membantu. Kurang rasa stress, mata pun tak mengantuk! Siapkan teh sebelum gerak (bertolak) dari rumah, senang nak minum bila-bila masa walaupun ketika dihimpit kesibukan di tempat kerja. Sebenarnya, apa yang kita kena buat hanyalah minum, minum, dan minum. Sehinggakan tak  sempat nak masukkan makanan lain, dan mungkin adakalanya sampai terlupa nak makan asbab tak terasa lapar. Semakin banyak teh yang kita minum, semakin kenyang perutkita kita.

Awasi jumlah pengambilan  kafein.

Ada jenis-jenis teh yang mengandungi kafein. Dah tentunya ia tidaklah sebanyak secawan kopi, tapi jika kita minum teh setiap masa, jumlahnya akan terakumulasi! Walaupun kafein tidak menyebabkan dehidrasi secara langsung, jika kadarnya melebihi 50 mg setiap cawan, ia boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, pastikan pengambilan kita tidak melebihi 300 mg sehari.

Rujukan: www.mayoclinic.org

Jika anda menggunakan uncang teh, atau serbuk teh, tak payah rendam teh lama-lama supaya tak terlalu banyak kafein yang terlarut, atau pun minum sahaja teh herba yang tidak mengandungi kafein. Walaupun ia tak akan menyebabkan masalah pada sebagian besar orang, tetapi ada juga yang sangat sensitif dengan kafein, dan pengambilan kafein yang tinggi boleh mengakibatkan insomnia, rasa cemas, dan gejala yang berpanjangan hingga berjam-jam lamanya. Saya ada share dalam artikel: Awas, bahaya terlebih kafein!


Jom cakna!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: