Tuesday 10 November 2015

Catatan Selasa: Doa Buat Atok

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

6 November 2015

Dah masuk sebulan hari ini. Niat untuk mengirimkan selengkap Al-Quran khusus buat atok belum juga kesampaian. Masih di Az-Zumar. Insha-Allah akan terus diusahakan. Semoga pahala darinya sampai untuk atok.

"Apabila mati seorang insan, makan akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."

(Dari Abu Hurairah r.a.)

Sambung cerita yang tertunda: Coretan Pagi Selasa

"Mak!"

Kakak memanggil ibu yang mungkin baru sudah mengambil wudhu' di tingkat atas.

"Mak, tengok atok.."

Kakak memanggil lagi.

Saya yang masih sujud ketika itu, lekas-lekas menyudahkan solat. Hati dah tak keruan. Saya berjalan mendekati katil atok, mak yang sudah ada di sisi atok bersuara,

"Atok dah tak ada ni.."

Kami semua senyap. Tiada kata, tiada tangisan. Tergamam. Atok terbaring kaku. Diamati wajahnya dalam-dalam. Kelihatan biasa, sama keadaannya seperti atok sedang tidur. Namun bezanya, tiada nafas, tiada nadi, tiada pergerakan. Matanya tutup, terpejam rapat.

Ibu mengusap-usap lembut rambut dan badan atok, kedua-dua tangan atok diletakkan bertindihan di atas perut seperti sedang berqiam dalam solat. Kaki atok dirapatkan kedua-duanya. Seluruh jasad atok kemudiannya ditutup dengan kain selimut sampai ke hujung kepala. Ibu minta ayah hubungi doktor untuk buat pengesahan. Saya dan kakak pula ambil peranan untuk menghubungi saudara mara dan jiran-jiran terdekat.

Bila call makcik, lidah kelu. Perasaan sebak menyelubungi diri, umpama langit biru dilitupi awan gelap secara tiba-tiba. Bagai terjaga dari mimpi, saya baru tersedar bahawa atok sudah tidak ada lagi. Bermula dari situlah air mata jernih ini langsung gagal dibendung. Setiap kali dilap, setiap kali itulah mencurah-curah ia turun. Hanya mampu mengungkap,

"Aunty ....................., atok .............. , balik cepat."

Saya tak berjaya menterjemahkan pemergian atok dengan kata-kata. Kedukaan itu terlebih dahulu bermaharajalela. Mulut terkunci dan dada rasa berat sangat. Saya hanya berharap mesej itu sampai pada yang mendengar. Sama keadaannya dengan kakak. Lemah daya kami.

Namun, saya bersyukur semuanya berlaku dalam keadaan yang cukup baik.
  • kami (saya dan kakak) yang digerakkan oleh Allah untuk tangguhkan niat untuk balik Putrajaya. Niat asalnya sememangnya untuk bantu ibu jaga atok.
  • atok dijemput dengan 'kelembutan'. Mudah dan semuanya berlaku dengan pantas.
  • Allah hadirkan bantuan yang sangat cepat melalui kehadiran jiran-jiran untuk membantu serba-serbi - mengemas rumah, mengeluarkan kerusi dan meja, membuat hebahan, menyediakan juadah untuk saudara mara yang datang dari jauh, bawa ayah ke balai polis untuk laporkan kematian, dan banyak lagi bantuan lain yang tak termampu kami membalasnya.
  • Semua urusan pengurusan jenazah atok juga berjalan dengan lancar dan mudah dengan bantuan perkhidmatan P.U.J.I. (Pusat Urusan Jenazah Islam). Saya tak sangka sekarang dah ada inovasi pada van jenazah. Semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah dibuat di dalam van. Sungguh efficient. Memang layak dipuji. Syukur alhamdulillah kami dapat mandikan dan menyiapkan atok dengan pakaian terakhir, semua secara privasi.
  • Jenazah atok bersih. Tak banyak air diperlukan. Tidak renyah, tidak leceh dan semuanya senang. Syukur.

Alhamdulillah Ya Rahman.
Alhamdulillah Ya Rahim.

Allah kabulkan doa kami yang berharap agar atok 'dijemput balik' dalam keadaan kami sudah bersedia. Demi Allah, kami terlalu sayangkan atok. Tapi kami percaya ini yang terbaik. Kami berlapang dada. Tangisan ini fitrah. Sedih itu boleh. Kerinduan ini juga tak salah. Cuma tidaklah melampau-lampau kerana kami yakin Allah sebaik-baik pemelihara. InshaAllah kami redha dengan ketetapan dari Yang Maha Esa.

Manusia, tidak selamanya kekal muda tanpa menjadi tua. Umpama langit yang tidak berterusan kekal sebagai siang tanpa bertukar menjadi malam.

Ada perkara yang buat saya berterima kasih sangat pada Allah. Sepanjang saya terlibat dalam Shaklee, saya bersyukur Allah izinkan saya berkongsi kebaikan dan manfaat Shaklee dengan atok. Setiap pagi dan malam atok akan minum ESP Soy Protein Isolate Powder, bila basuh rambut, cuci pakai Purifying Shampoo, parut luka dekat kaki kesan atok garu-garu, kami sapukan dengan Herbal Blend, pakaian serta cadar katil atok kami basuh guna Get Clean Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate. Katil dan lantai kami bersihkan dengan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrat. Bila atok kurang minum air, kami bancuhkan minuman Performance. Bonus Shaklee setiap bulan boleh bantu guna beli keperluan atok.

Kenangan gambar yang saya kongsi di FB selepas atok selesai minum ESP.

Moment yang paling saya tak boleh lupa adalah reaksi spontan atok setiap kali minum ESP. Isyarat tangan tanda 'very good' dan ekspresi muka excited sentiasa mencuit hati. Kalau mood atok OK, atok akan cakap,

"Hmmmm... sedap!"

Syukurlah atok serasi. Saya pasti merindui ibu jari dan reaksi muka atok. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk kesempatan ini.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu anha

Ya Allah.

Sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh atokku, Allahyarhamah Hajah Rajimah binti Daiman.

Ampunkanlah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia.

Maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah pusaranya.

Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan RahmatMu.

Allahumma ameen.

La Ilaha Illallah Almalikul Haqqul Mubin Muhammadur Rasulullah Sodiqul Wa‘dil Amin

(Zikir yang sentiasa meniti di bibir atok, tika baring mahupun duduk)

Nota: Untuk pengetahuan pembaca, atok saya menghidapi diabetes. ESP dan Performance Drink sangat sesuai dan selamat untuk mereka yang mempunyai penyakit ini.

Kepada semua sahabat-sahabat yang membaca coretan saya pagi ni, saya dengan rendah hati memohon agar dikirimkan doa buat nenda saya, Allahyarhamah Hajah Rajimah binti Daiman. Doakanlah yang baik-baik atau mungkin sekurang-kurangnya sesempurna, selengkap Al-Fatihah.

SELASA
6 Oktober 2015
22 Zulhijjah 1436H

Semoga Allah ganjarkan yang terbaik atas doa ikhlas sahabat-sahabat semuanya.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: