Thursday 22 October 2015

11 Fakta mengenai Al-Fatihah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Innalillah .. tak kuat lagi saya nak menyambung cerita atok. InshaAllah akan disambung juga nanti. Mungkin sekurang - kurangnya untuk tatapan sendiri sebelum memori ini hilang ditenggelami usia.

Tak mengapa, malam ni saya nak share sedikit input yang saya peroleh, rezeki dapat hadir ke majlis ilmu Maghrib tadi.

11 Fakta mengenai AL-FATIHAH



1. Mempunyai 7 ayat, dengan dimulai dengan lafaz basmalah.

2. Merupakan surah paling hebat dalam al-Quran.

3. Juga dikenali dengan nama lain iaitu:
  • Ummul Qur'an (أمّ القرءان - ibu atau induk al-Qur'an)
  • Ummul Kitab (أمّ الكتاب - ibu atau induk kepada seluruh isi al-Qur'an)
  • Sab'ul Mathani (السبع المثاني - tujuh berulang-ulang; tujuh ayat yang dibaca berulang kali dalam solat).

4. Tidak ada solat tanpa al-Fatihah. Surah ini wajib dibaca ketika solat, baik secara sendirian mahupun semasa solat berjama'ah.

5. Tidak boleh baca surah lain di belakang imam kecuali surah al-Fatihah.

6. Tidak sempurna al-Fatihah jika tidak dibaca dengan tajwid.

7. Tidak sah solat tanpa al-Fatihah yang sempurna.

8. Tidak boleh diterjemah dan dibaca dalam bahasa lain dalam solat.

9. Andai tersalah baca, perlu diulang.

10. Ia adalah doa:

  • Ayat [1] hingga [3] adalah puji - pujian kepada Allah 
  • Ayat [4] dan [5] juga pujian serta pengiktirafan kepada Allah 
  • Ayat [6] permintaan daripada Allah 
  • Ayat [7] juga merupakan permohonan kepada Allah dan dihujungnya adalah penolakan.

11. Diakhiri dengan Ameen sebagai tanda memohon Allah memperkenankan doa.


Tahukah anda bagaimana nak baca ayat ke-7 surah al-Fatihah?

(Sekiranya)
- kita bernafas pendek
- nak elak semput
- nak elak ayat terputus 
- nak elak al-Fatihah menjadi 8 ayat

Bagaimana?

(Salah satu caranya)

Tarik nafas yang pertama, baca:

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ  

Ambil nafas kedua, ulang semula dari kalimah:

 غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ 

sehingga habis  

وَلَا الضَّالِّينَ


Allah.. Allah.. Istimewanya surah al-Fatihah. Saya mendambakan seorang imam yang sempurna Fatihahnya. Pra syarat persetujuan pernikahan? Mungkin.

OK tamat. Semoga bermanfaat <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: