Thursday 3 September 2015

5 Perkara Kena Ambil Tahu Tentang Infused Water

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Sejak saya mula share tentang air infused ni, ramai yang bertanya, "macam mana buat", "nak guna buah apa", "nak rendam berapa lama", "rasa apa".

Meh saya kongsi info ni dengan semua. Benda baik tak elok disimpan sendiri. Jom sama-sama amalkan supaya sama-sama boleh kekal sihat dan cantik, dengan izinNya.

___________________________________

Bahan-bahan
------------------
Kalau dapat, pilih bahan yang organik. Cuci elok-elok untuk buang segala bahan kimia, racun perosak dan sisa lain yang ada (yang membahayakan kesihatan).


Air
-----
Gunakan air sejuk atau air suam yang ditapis (filtered water). Air yang panas boleh menyebabkan buah-buahan cepat layu dan nutrien yang ada juga senang termusnah.


Bekas
--------
Kalau boleh kaca, plain dan simple. Tapi tak perlu berbelanja lebih sampai nak beli botol khas. Gunakan apa yang ada.




Tips Penyediaan
--------------------

  • Buah-buahan lembut [contoh: limau, strawberi dan yang sewaktu dengannya] - boleh dihiris sama ada tebal, nipis, separuh, atau dibelah empat. 
  • Buah-buahan yang keras [contoh: epal] - mesti dihiris nipis-nipis kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk mengeluar atau melepaskan rasa.
  • Herba berakar serabut seperti halia, rosemary dan serai dihancurkan dengan menggunakan 'muddler' atau sudu kayu.
  • Herba berbentuk daun [contoh: daun pudina, daun selasih dan daun ketumbar] - boleh dikoyak-koyak sahaja atau dihancurkan untuk mengeluarkan minyak yang terkandung di dalamnya.
  • Herba yang loose dan bunga-bungaan [contoh: lavender, kelopak bunga mawar, bunga raya kering] - boleh rendam dalam air panas terlebih dahulu atau masukkan dalam penapis teh jenis kain.

Tempoh Rendaman dan Suhu
---------------------------------------

Biarkan ia pada suhu bilik tidak lebih dari 2 jam. Kemudian simpan dalam peti ais (fridge) untuk menghalang pertumbuhan bakteria. Bahan seperti timun, buah bersitrus, tembikai dan daun pudina boleh mengubah rasa air serta merta. Bagi buah epal, kulit kayu manis, halia segar, rosemary mesti kena rendam semalaman dalam peti ais.

Tembikai dan strawberi akan mula kelihatan berair (waterlogged) selepas beberapa jam. Sementara limau/oren/lemon dan beri masih kelihatan cantik walaupun selepas berjam-jam dalam peti ais.

Tetapi, selepas 4 jam, limau/oren/lemon yang tidak dibuang kulitnya akan menyebabkan air terasa pahit. So, kalau nak buat satu bekas besar air infused untuk dihidangkan semasa kenduri atau rumah terbuka, lebih baik buang kulit dahulu sebelum direndam. Atau pun, boleh juga rendam begitu sahaja (tanpa buang kulit), kemudian selepas 4 jam, keluarkan dan gantikan dengan hirisan buah yang baru untuk nampak lebih cantik dan segar. Untuk keselamatan makanan, pastikan air sentiasa dalam keadaan sejuk dan berais.

Jika air ini tidak diminum dalam tempoh 24 jam, keluarkan semua bahan (buah & herba) di dalamnya dan simpan air berkenaan dalam peti ais. Maksimum 3 hari.

Untuk bekalan minuman sepanjang hari, isi semula bekas/botol, bila air dah tinggal separuh. Rasa akan berkurangan berbanding yang pertama tadi tapi still flavorful.



----------------------
Cadangan Bahan 
----------------------

Buah-buahan & Sayur-sayuran
• epal • beets • lada benggala • blackberries • blueberries • cantaloupe • lobak merah • saderi
• cherries • timun • adas • grapefruit • anggur • honeydew • jalapenos • kiwi • lemons • limau nipis
• mangga • nectarines • oren • peaches • pears • nenas • plum • raspberries • strawberi • tangerines
• tembikai

Herba, Rempah & Bunga-bungaan
• selasih • buah pelaga • ketumbar • kulit kayu manis • cengkih • halia muda • lavender • lemon
• verbena • serai • daun pudina • rosemary • thyme • parsley • kelopak mawar/ros • bunga lawang
• vanilla bean


------------------------------------------
Mix & Match: Favorite Pairings
------------------------------------------

Keep it simple. Sedikit idea untuk permulaan.

  • Timun + limau nipis + strawberi + daun pudina
  • Lemon + raspberry + rosemary
  • Oren + blueberry + selasih
  • Lime + halia muda + selasih
  • Watermelon + honeydew + daun pudina
  • Timun + daun pudina + jalapeno
  • Lemon + thyme
  • Oren +bunga raya + bunga lawang
  • Oren + kulit kayu manis + buah pelaga + cengkih
  • Pear + adas

Stay hydrated, my friends!


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: