Wednesday 30 September 2015

4 Perbezaan Protein Daging dan Protein Soya

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Sumber: Google

Sebelum cerita pasal perbezaan, saya nak terang dulu persamaan antara kedua-dua protein ini. Protein soya dan protein daging ini kaya dengan protein diet yang berkualiti tinggi. Kedua-duanyanya mempunyai protein lengkap kerana ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan badan kita setiap hari.

Ok. Cukup sedikit info berkaitan persamaan antara kedua-dua protein ini. Sekarang kita cerita perbezaan pula. Mana yang bagus, mana yang sebaliknya.

Sumber: Google

Perbezaan Pertama

Daging mengandungi lebih protein per auns daripada soya; 3 auns daripada 95 peratus daging lembu (cincang/hancur) tanpa lemak menyediakan 25 gram protein pemakanan, manakala 3-auns, atau 85 gram daripada tofu berasaskan soya mengandungi kira-kira 13 gram protein. Sementara satu setengah cawan kacang soya menyediakan kira-kira 16.5 gram protein pemakanan.

Perbezaan Kedua

Daging adalah bebas daripada karbo (karbohidrat) dan serat. Dalam erti kata lain, ia tidak mengandungi karbo dan serat. Berbeza dengan kebanyakkan produk soya, ianya mengandungi karbohidrat dan serat pemakanan. Sebagai contoh, 3 auns daging lembu (minced meat) tanpa lemak tidak mengandungi karbohidrat, manakala 3 auns tauhu (soya) menyediakan 4 gram daripada jumlah karbohidrat, termasuk 2 gram serat pemakanan.

Sumber: Google

Menurut satu kajian pada tahun 2009, pengambilan serat yang banyak dalam diet harian anda dapat membantu dalam pengurusan berat badan dan mengawal  jumlah kolesterol dalam darah.


Perbezaan Ketiga

Lemak yang hadir dalam daging adalah lemak tepu yang tidak sihat, yang mana ia menyumbang kepada kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung jika dimakan secara berlebihan. Berbeza dengan soya, majoriti lemak di dalamnya adalah baik untuk kesihatan jantung dan mempunyai lemak tak tepu (termasuk omega-3 asid lemak penting). Tindakan menggantikan lemak tepu dengan mono- atau polyunsaturated fat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik. Jika anda berisiko untuk berkemungkinan menghadapi darah tinggi atau penyakit jantung, skip, jangan ambil daging tinggi lemak, sebaliknya pilih daging tanpa lemak yang dipotong nipis atau protein soya. Ia sangat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik anda.

Perbezaan Keempat

Jenis-jenis protein yang terdapat dalam daging dipanggil protein lengkap kerana ia mengandungi semua sembilan asid amino penting. Walau bagaimanapun, protein ini datang bersama pakej yang 'terlebih' lengkap iaitu kalori dan lemak tepu yang banyak. Oleh itu, perlu hadkan pengambilan daging tinggi lemak, dan pilih daging tanpa lemak atau sumber protein berasaskan vegetarian untuk memenuhi keperluan protein anda.

Oleh itu, yang mana pilihan yang terbaik?

Ketahuilah, jenis-jenis protein yang sesuai untuk anda bergantung kepada risiko kesihatan dan pilihan makanan yang anda sendiri tentukan.

Sumber:
  • www.livestrong.com
  • www.soyjoy.com.sg

PERHATIAN:

HARI INI HARI TERAKHIR SEBELUM ESP KEMBALI KEPADA HARGA BIASA. HARI INI JUGA HARI TERAKHIR SEBELUM SHAKLEE MENGHENTIKAN PENJUALAN ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT) UNTUK SUATU TEMPOH TERTENTU YANG BELUM DAPAT DIPASTIKAN SAMPAI BILA.

Jadi, cepat-cepat dapatkan stok anda hari ni. Boleh pm saya di Facebook atau whatsapp sahaja di talian yang tertera di bawah.

Rembat selagi sempat :-D

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: