Tuesday, 29 September 2015

12 Sebab Kena Sentiasa Syukur kepada Allah

Bismillah wa alhamdulillah...




1. Kita tak akan pernah boleh mengira rezeki, redha dan barakah dari Allah Ta'ala

Jadilah insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah untuk segala apa yang kita miliki, termasuklah kekayaan (harta), kesihatan, pangkat, daya intelek dan kehidupan. Allah berfirman:

Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? (17) Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (18) Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan. (19)
(Surah An-Nahl: 17-19)


2. Misi utama syaitan untuk jadikan manusia tidak bersyukur

Sejak dari awal penciptaan manusia, isu penghargaan dan bersyukur kepada Allah telah mula diperdebatkan. Selepas menolak arahan Allah untuk tunduk kepada Adam, syaitan berkata:

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)
(Surah Al-A'raf: 17)


3. Lawan syukur adalah kufur (kafir / tidak percaya)

Dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menunjukkan Allam membuat perbandingan antara Syukur dan Kufur.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (152)
(Surah Al-Baqarah: 152)

Iman (percaya) membayangkan kesyukuran bertentangan dengan kufur (tidak beriman). Mereka yang kufur adalah mereka yang tidak berterima kasih kepada Allah atas apa yang mereka perolehi. Sementara mereka yang beriman, percaya pada Allah akan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya.


4. Kita berterima kasih kepada Allah untuk manfaat diri sendiri

Jika kamu kafir, maka ketahuilah sesungguhnya Allah tidak langsung terjejas. Jika kita jadi insan yang bersyukur, itu adalah langkah pertama untuk menjadi seorang mukmin yang sebenar.

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (12)
(Surah Luqman: 12)

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. (64)
(Surah al-Baqarah: 64)


5. Ketaatan sebenar bermakna bersyukur kepada Allah dengan ikhlas


Allah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa orang yang benar-benar taat kepada Allah adalah mereka yang sentiasa bersyukur. Maka, mereka yang tidak tahu bersyukur adalah bukan dari golongan mereka yang melaksanakan ibadah dan ketaatan kepadaNya.

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (172)
(Surah al-Baqarah: 172)


6. Syukur membawa kepada redha Allah

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (7)
(Surah az-Zumar: 7)


7. Syukur adalah salah satu tujuan penciptaan kita

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (78)
(Surah an-Nahl: 78)


8. Syukur adalah penanda aras kualiti kejayaan kita di dunia dan di akhirat

Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat:
  • Hati yang bersyukur (bersyukur kepada Allah)
  • Lidah yang sentiasa mengingati (berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya)
  • Badan yang sentiasa bersabar dalam menangung kesusahan
  • Isteri yang setia (sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya). 
(HR Tabrani)


9. Syukur dan sabar ketika ditimpa kesusahan

Segala-galanya yang berlaku kepada kita, walaupun sesuatu yang kita anggap sebagai kesusahan kepada diri sendiri atau pun bencana alam, semuanya datang dari Allah. Oleh itu, ketika dilanda musibah dan kesusahan, pasti akan ada juga kebaikannya untuk diri kita, hanya jika kita melalui ujian tersebut dengan cara yang sepatutnya.

Sabda Nabi saw, amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya. Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu juga adalah baik baginya.

(Hadith riwayat Imam Muslim)


10. Rahmat Allah untuk semua, tapi masih ramai tak bersyukur

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka: Matilah kamu kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (243)
(Surah al-Baqarah: 243)


11. Kebanyakkan manusia secara separa sedar mengungkapkan 'thank God'

Merenung kembali kehidupan yang kita lalui, kita akan dapati, terlalu banyak peristiwa dan keadaan, wujudnya 'tangan' Allah yang telah memegang dan membantu kita. Selalu kita dengar, baik yang beriman atau pun golongan atheist, secara separa sedar menggunakan ungkapan "Thank God" tanpa menyedari implikasi penuh dari kata-kata tersebut.


12. Syukur membawa kepada banyaknya nikmat Allah

Jika kita bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan, Allah janji untuk tambahkan lagi rahmat buat kita. Ketahuilah, ganjaran Allah (untuk mereka yang bersyukur) tidak terhad dan tidak bersyarat.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (7)
(Surah Ibrahim: 7)


Manusia ini selalu sempit dengan rasa syukur. Egokah kita? Keras hatikah kita?  Cinta manusia, jika tidak diluah, mana hati nak tahu. Namun hebatnya cinta Allah; andai tidak diberitahu, Dia lebih dahulu sudah tahu, tapi bilamana disebut, Dia balas berlipat kali ganda. Oleh itu, jangan lokek bersyukur. Bersyukurlah. Jika tak tahu, belajar sampai tahu.

Poster cantik hadiah dari kakak

Nota: terima kasih atas ingatan, doa dan ucapan sempena ulangtahun kelahiran saya. Semoga malaikat mendoakan yang sama buat kalian.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: