Monday 24 August 2015

Lemak vs. Kolesterol.

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada orang kata makanan berlemak mengandungi kolesterol. Betul ke?

Jom baca dulu definisinya. 

Apa itu lemak dan apa pula kolesterol?

Lemak merupakan sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Ia merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan. 

Manakala kolesterol adalah sebatian berlilin (waxy) yang secara semulajadinya dihasilkan dalam badan manusia untuk membantu membina dan melindungi membran sel. Kolesterol juga bertindak sebagai perintis kepada hormon seperti estrogen dan testosteron.



Jadi, apa beza lemak dengan kolesterol?
  • Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  • Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu seperti butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  • Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  • Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan secara semulajadi dari dalam badan (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  • Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (internally).
  • Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, daging berlemak, full cream foods, organ dalaman seperti hati, limpa dan lain-lain.

Kedua-duanya perlu dan kedua-duanya penting untuk sistem tubuh manusia. Ambil mengikut keperluan bukan sebab kemahuan.

Berjaga-jaga sebelum terkena.

Cegah sebelum parah.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786


Sumber: 


  1. blackrosehunter.blogspot.com
  2. kevinzahri.com

No comments: