Thursday 20 August 2015

8 Perkara Jangan Buat - Langkah Elak Rasa Mengantuk Melampau Ketika Bekerja

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

HAH TIDUR! 

REPORT KAT BOSS NANTI~ :-D


Ngantuk ke yang? 

Ni saya share semua yang kita JANGAN BUAT untuk elak rasa mengantuk yang terlampau. Jom baca ;-)

[1] Jangan tinggal sarapan

[2] Jangan minum milo masa sarapan kecuali anda akan berlari atau bersukan selepas tu (ikut kesesuaian badan).

[3] Jangan makan nasi lemak masa minum pagi.

[4] Jangan makan banyak masa lunch.

[5] Jangan tidur lambat.

[6] Jangan banyak tidur. Recommended 6 hingga 8 jam sahaja untuk recover dan recharge semula tenaga yang kita gunakan seharian.

[7] Jangan diet bukan-bukan. Menahan diri dari makan hanya menyebabkan badan menjadi lemah. Paras glukosa dalam darah yang rendah akan menyebabkan kita rasa lemah. Silap cara boleh pitam.

[8] Jangan lupa minum air. Dehidrasi boleh mengakibatkan badan mudah lemah, letih dan mengantuk. 

-------------------------

Nah yang ni saya share tips untuk stay awake, energetic sepanjang hari. Semoga bermanfaat.

1. Jika ada waktu lapang sedikit sebelum zuhur, sempatkan untuk berqailullah, tidur sebentar 5-10 minit sebelum masuk waktu Zuhur.

2. Kunyah snek. Recommended buah-buahan segar (tidak dicampur sebarang perisa tambahan) atau pun biskut 2-3 keping.

3. Sembang dengan rakan sekerja. Idok (baca: tidak) lah suruh mengumpat. Berbuallah perkara yang baik-baik. Tujuannya hanyalah untuk hilangkan rasa mengantuk, membina rasa semangat dan seronok untuk teruskan kerja.

4. Rangsang diri dengan kata-kata motivasi - dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga dan bersemangat.

5. Basuh muka.

6. Rangsang deria dengan aromaterapi menyegarkan - mint atau lemon.

7. Dengar lagu. Kalau rasa ganggu rakan sebelah-menyebelah, better guna earpiece. Cucuk sebelah telinga je. Sekurang-kurangnya kita masih alert bila orang lain berbual atau bercakap dengan kita. Paling penting bila boss atau ketua panggil, kita boleh dengar.

8. Buat senaman ringan - renggangan otot.

9. Bernafas dengan betul untuk membantu aliran oksigen dalam badan sampai ke otak.

10. Minum Cinch Energy Tea Mix. Green Tea bantu meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisma ditingkatkan maka lebih banyak kalori dibakar. Akibatnya badan rasa lebih bertenaga. Jadi tenaga yang ada ni kita buatlah kerja bersungguh-sungguh. Jangan melepek je tengah siang ni kan?


:-)

You will never know until you try and experience it yourself.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: