Tuesday 5 May 2015

Jom kerja!~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Empat hari bercuti..

Memang masing-masing muka lemau pergi kerja. Patutnya selepas berehat panjang, nak datang kerja pun jadi bersemangat sebab dah reload & recharged mood dan tenaga untuk bekerja. Lagi bersemangat kalau ada push factor yang lain. Contohnya seperti handbag baru, baju baru, handphone baru.. dan sebagainya.


Tapi itu hanya impak dari luaran sahaja. Apa yang penting adalah minda dan hati kita. Perlu koreksi sudut pandang kita terhadap kerja yang kita lakukan sekarang.

..Yang bikin baju itu bagus ape tu?

..Kalau baju bagus dipakai sama orang jelek? 

..Yang bikin baju itu bagus atau jelek tergantung dari yang 'makai'. Kalau baju butuh atau jelek dipakai oleh orang yang kelihatan baik, makainya juga baik, apa tak kelihatan bagus? Yang penting nyaman, hangat, rapi. 

Kalau kamu belajar dengan tekun dan menimba ilmu sebanyak-banyaknya, biar pun sekolahnya jelek, kamu tetap jadi orang pintar.

- Petikan dari filem Jokowi, 2013 -

Betul kan?

Bukan pangkat atau jawatan menjadi ukuran. Yang penting adalah sikap dan etika kita semasa bekerja. Biarpun berpangkat rendah tapi kita bekerja dengan jujur, amanah.. Pasti rezeki yang kita peroleh tu lebih berkat dan akan mencukupi semua keperluan kita. Tetapi jika kita bergaji tinggi tapi selalu pecah amanah, sentiasa ada salah laku sana sini, nescaya kita sentiasa rasa sempit dan selalu rasa tak cukup.

Jom ubah cara kerja kita sebelum kita terpaksa mengubah kerja kita sekarang. Ada faham ka?

Hehe. Salam sayang semua~

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: