Friday 3 April 2015

Man Jadda Wajada

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Saya tanpa sengaja 'tertangkap' kata-kata saudara Amin Idris dalam rancangan Assalamu'alaikum di saluran TV Al-Hijrah pagi ni.
Duduk sahaja, tak akan dapat apa-apa
Setuju???

100% setuju. Kalau kita duduk goyang kaki, tak buat apa-apa, tak usahakan apa-apa, hanya tadah tangan minta Allah bagi sesuap nasi, agak-agak dapat tak?
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍBagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Surah Ar-Ra'd: 11)
Nak ubah sesuatu, nak ubah nasib diri, nak majukan diri, nak tambah pendapatan, nak berjaya, nak sihat, semuanya kena usaha. Usaha dengan cara yang betul dan buat sungguh-sungguh, kemudian letakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah. InshaAllah pasti Allah hadiahkan hasil yang terbaik untuk kita.
وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَDan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
(Surah al-Mukmin/Ghafir: 60)

Salam sayyidul ayyam~

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: