Wednesday 22 April 2015

Kenapa kita semua perlukan suplemen?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Ketahuilah fakta ini:
1 daripada 3 kematian di Malaysia disebabkan oleh sakit jantung
1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidapi barah
1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidapi Diabetes.
Nisbahnya terlalu mengerikan. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Terlalu banyak faktor pendorong. Antaranya...

Pencemaran




Hampir setiap hari kita terdedah kepada pencemaran. Persekitaran yang tidak sihat boleh memburukkan kesihatan kita dan keluarga. Setiap hari kita menghirup udara yang pada mata kasar ianya disangka bersih dan segar, namun pada hakikatnya udara kita hidu ini tidaklah sebersih mana. Kita juga menggunakan air untuk kegunaan seharian. Kita gunakan untuk mandi, membasuh, memasak dan juga sebagai air minum tanpa kita tahu tahap kebersihan air yang disalurkan ke tangki dan paip rumah kita.


Makanan kurang berkhasiat


Ini contoh biasa. Siapa yang tak pernah makan makanan 'fast food' seumur hidup dia?? Pasti semua pernah kan. Siapa tahan dengan baunya yang sangat menarik rasa, senang didapati, mudah untuk dimakan, anak-anak terutamanya pasti sangat menggemari makanan sebegini. Kalau ada yang tak makan pun mungkin hanya segelintir sahaja. Makanan segera ini boleh sahaja dimakan, tapi bukan sebagai menu utama yang diambil setiap hari.


Gaya hidup tidak sihat


Banyak masa kita habis di atas jalan raya kan? Bangun pagi dah terkejar-kejar nak pergi kerja. Balik kerja tatkala matahari dah terbenam. Lepas makan malam terus tidur. Hujung minggu lebih rela duduk di rumah habiskan masa dengan aktiviti 'mengukur katil' (tidur). Bila masa kala kita ni bersenam, beriadah atau buat sesuatu yang menyihatkan badan? Lebih teruk kalau ada yang ketagihan aktiviti menghisap rokok :-(


Tekanan hidup


Ada orang yang tak tertekan dengan kehidupan seharian yang dilaluinya? Persekitaran, manusia, kewangan, apa sahaja boleh menjadi faktor seseorang itu tertekan.


Pengambilan ubat-ubatan berlebihan


Sebenarnya ubat-ubatan yang kita ambil dihasilkan daripada campuran pelbagai bahan kimia. Ia mungkin boleh menghilangkan kesakitan. Tapi sebenarnya ia hanyalah bersifat sementara dan lebih teruk dari itu ia juga boleh mendatangkan kemudaratan dalam jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan secara berterusan boleh merosakkan organ hati dan juga buah pinggang kita.

Oleh kerana faktor-faktor inilah kita perlukan makanan tambahan yang dapat menampung dan mencukupkan nutrisi dalam badan kita. Pengambilan makanan bernutrisi secara terus menerus bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan kita, malah sistem dalaman badan kita juga berupaya melawan sebarang jangkitan kuman dan sebagainya. Suplemen bukan ubat, ia adalah makanan tambahan untuk mencukupkan vitamin dan nutrisi yang kita tak boleh dapat dari pemakanan seharian kita.


Berwaspada ye semua. Sila ambil berat dan bertanggungjawab dengan kesihatan masing-masing.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

No comments: