Monday 6 April 2015

Hak & Kuasa Pengguna: Soalnya dimana?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Selalu kan dengar dekat TV kenyataan seperti ini?
"Kita perlu gunakan kuasa kita sebagai pengguna!"
"Pengguna ada hak untuk melaporkan penyelewengan peniaga!"
"Pengguna berkuasa!"
Jika berlaku salah laku oleh peniaga, kita sebagai pengguna ditipu mentah-mentah oleh peniaga, di mana kita boleh salurkan aduan dan tuntutan kita untuk kes di bawah RM5,000?
  • e-Aduan KPDNKK
  • Tribunal Tuntutan Pengguna
  • Mahkamah Tuntutan Kecil

Tapi pengguna harus cukup kuat dan sabar untuk harungi proses ni. Boleh habis masa, habis duit untuk kos bergerak sana sini, habis tenaga dan berkemungkinan apa yang bakal kita dapat (jika berjaya) tak setimpal dengan pengorbanan yang telah kita lakukan.

Apa yang diberitahu sebentar tadi oleh seorang pegawai di Mahkamah Tuntutan Kecil:
Jika tuntutan kita berjumlah RM 2,000, maksimum tuntutan ganti rugi yang boleh kita buat (failkan) adalah RM 2,100 sahaja.
Berbaloikah dengan kos yang kita keluarkan untuk pergi dari satu bangunan ke satu bangunan, menelefon pihak berwajib sana sini?? Akhirnya, redha dalam keterpaksaan. Belajar mendidik diri menerima nasib bahawa ini adalah ketentuan dari tuhan..

Saluran khusus untuk pengguna sangat terhad. Apa yang saya tahu setakat hari ini, tiada akta yang dapat melindungi pengguna. Maka bertebaranlah peniaga tamak yang bermaharajalela.


..................................

Kepada Peniaga:
Jangan ambil kesempatan terhadap pengguna. Mungkin hari ini anda duduk senang lenang di atas di atas penipuan dan penyelewengan yang anda lakukan. Tapi anda tak akan kekal di situ. Kehidupan kita bukan terhenti setakat alam dunia. Ada kehidupan yang lebih hakiki menanti anda kelak. So, jangan tamak!

Kepada Pengguna:
Saya nasihatkan anda supaya lebih berhati-hati dengan sesiapa jua anda berurus niaga. Ramai peniaga yang baik hati tetapi ramai juga yang sebaliknya. Mungkin lebih. Maka, sentiasa berwaspada.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

p/s: Saya peniaga, saya juga pengguna, dan saya belajar sesuatu hari ini..

No comments: