Teks: Nurul Aini Mohd Noor
Bismillah wa alhamdulillah..
Semalam saya share gambar "Pineapple Cinch Tea" di Fb. Hari ni saya nak share resipi untuk sesiapa yang berminat untuk cuba :-)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji buah nenas
- Air
- 1 paket Cinch Tea Mix
Cara-caranya:
Credit to: Bimbingan |
- Buang kulit buah nenas, buangkan juga bahagian tajam-tajam yang boleh buatkan lidah rasa 'lidas'
- Basuh bersih.
- Potong buah nenas menjadi potongan kecil.
- Masukkan buah nenas dalam periuk, tambahkan air supaya nenas tadi tenggelam semuanya. Kemudian, rebus nenas tadi sehingga air mendidih.
- Asingkan air rebusan dan buah nenas tadi. (Kita akan guna air rebusan nenas itu sahaja, buah nenas tadi boleh dimakan begitu sahaja atau boleh digunakan untuk masak paceri nenas..Jimat~ ^_^)
- Masukkan air rebusan dalam cawan (Tips: nak rasa 'kick', guna cawan/bekas 6-8 oz) dan masukkan 1 paket Cinch Tea Mix.
- Gaul/ goncang sehingga mesra.
- Sedia diminum (Tips: Boleh diminum secara panas atau sejuk)
Selamat mencuba~
No comments:
Post a Comment