Tuesday 10 March 2015

Bersenam dengan aktiviti harian di rumah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sebelum ni selalu juga merajinkan diri pergi gym dan jogging dengan kakak-kakak MMU. Tak tentu masa. Kadang-kadang pergi masa hari bekerja. Kalau ada kawan ajak, hujung minggu pun jadi.

Asbab rutin harian dah berubah, dah tak dapat buat semua tu lagi. Tapi ini tak bermakna saya dah tak boleh bersenam. Siapa kata duduk rumah tak boleh exercise??


Sebagai contoh:

1) Mop lantai
Tahu tak aktiviti ini mampu membantu pembakaran kalori kita sebanyak 112 setiap setengah jam??

2) Basuh baju
Sama ada basuh baju dengan mesin basuh, atau tangan, kedua-duanya boleh membakar kalori sehingga 144. Kita boleh buat squad dengan cara mengutip pakaian, cangkung dan bangun semula selama 30 saat. Ulangi langkah-langkah ni sehingga selesai basuh baju. Pergerakan ini mampu meningkatkan pembakaran kalori sehingga 178.

Boleh baca lanjut kat sini.

Percaya atau tak, kena buat dulu, baru tau. Antara nak atau tak sahaja. Kita yang tentukan, kan?


Bila kita tahu, baru kita boleh buat dengan betul. Bila dah betul caranya, barulah aktiviti tu lebih bermanfaat. Bermanfaat sebab....

~ kerja/tugasan rumah beres
~ badan pun jadi sihat dan kuat ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

No comments: