Saturday 7 February 2015

Belajar hadapi cemuhan dengan beriman..

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Balik dari riadah pagi tadi, Allah bagi rezeki dengar perkongsian di IKIM bersama Ustaz Pahrol bertajuk bagaimana nak hadapi CEMUHAN.

Heh. Memang 'hadiah' dari Allah sangat ni. Nota hati, pemangkin buat diri sendiri. 

Ustaz kata…

Cemuhan, salah satu sunnah perjuangan. Apabila dicemuh, BERI SALAM dan BERLALU dengan TERHORMAT.

Adakalanya jika kita kalah dengan cemuhan, ada 2 sebab yang kita BELUM BUAT: 
  1. Pasakkan dalam hati, benar-benar nak akan sesuatu (kebaikan) 
  2. Sudah membayar 'harganya'.

Kehebatan Rasulullah hadir bersama ujian yang juga SUPER DUPER HEBAT. Jika ujian yang kita hadapi tu kecil-kecil sahaja, alamatnya lambat lagi la nak jadi hebat. Tapi, kalau yang datang tu pelbagai macam dugaan, yang tak tertanggung dan menghimpit rasa, tunggu sajalah 'hadiah istimewa' dari Allah. Bila sampai masanya, itulah saat terindah yang patut disyukuri.

Ikhtiar dan usaha belajar bagaimana nak akrab dengan Allah. Bila dah dekat, senang nak terikat, hati pun jadi kuat, cemuhan datang pasti tak melekat.

Misi menghargai nikmat rasa cinta bertuhan sebelum datangnya waktu untuk mencintai manusia ajnabi.

Salam sayang,

Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

No comments: