Thursday 8 January 2015

Self Talk: Bina Aura POSITIF

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Antara ilmu yang saya dapat ceduk semasa sesi sharing oleh PM Cery pagi tadi adalah berkenaan SELF TALK.

Sumber: Google

Apa tu self talk?

Berkata-kata kepada diri sendiri, menanam kata-kata tersebut dalam minda separa sedar, bagi membangkitkan satu impak besar terhadap apa yang kita rasa terhadap diri sendiri. Self-talk boleh mendatangkan kesan yang sangat luar biasa terhadap self-esteem dan keyakinan. So, pastikan kita bercakap perkara yang POSITIF sahaja.

Jom malam ni kita senaraikan (secara terperinci):

1. senaraikan pujian untuk diri
  • saya suka senyum
  • saya sabar, tak mudah melenting
  • saya solat awal waktu
  • saya buat dhuha
  • saya hidupkan solat malam
  • saya cantik
  • saya sihat, dan lain-lain yang kita rasakan tentang diri kita.

2. senaraikan apa yang kita nak capai
  • saya nak pergi haji & umrah bersama mak dan ayah
  • saya nak beli kereta CRV
  • saya nak dermakan sekurang-kurangnya 1K untuk pembangunan pusat-pusat tahfiz
  • saya nak kerja dari rumah
  • saya nak ... senaraikanlah apa yang kita nak capai. Mesti banyak kan?

3. jika kita berniaga, set target kita
  • bulan ni, saya nak naik rank supervisor
  • bulan ni saya nak 20 botol vivix
  • hari ini saya nak sales minimum 4K
  • minggu ni saya perlu jumpa 50 orang untuk promosi produk, dan sebagainya..bergantung kepada perniagaan/pekerjaan yang kita lakukan.

Sumber: Google




Dah senaraikan, seterusnya kita rakamkan dalam bentuk audio, dan dengar sebelum tidur.

Buat selalu, inshaAllah jika Allah izinkan, kita pasti nampak kesannya.

Jom buat!~

Sumber: Google

p/s: Mula malam ni ye.. ;-)


Nurul Aini binti Mohd Noor
Shaklee Independent Distributor || 1103786
013-720 0029

No comments: