Saturday, 17 January 2015

Performance Drink dan Sup Ketam untuk pesakit Denggi..

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Perancangan adhoc!

11.42 pagi: dapat berita suami 'Izzati (junior saya di MMU) dimasukkan ke hospital kerana denggi. Nak pergi ziarah, takut tak sempat sebab selepas kerja saya akan ke Pekan, Pahang bersama team Misi Kemanusiaan Pasca Banjir. 

11.43 pagi: kak hany (senior MMU) mencari-cari orang untuk hantar PD (performance drink) untuk mereka. Ikut rasa hati, mau je terbang ke sana, delivery PD, masakkan sup ketam dan buatkan air pucuk betik. Nak suruh 'Izzati masak macam kesian la pula, mana nak sempat, nak jaga suami lagi. Nak nak ni tengah mengandung.. huu kesiannya.

12.38 tengahari: saya decide nak buatkan juga sup ketam tapi kena ada orang boleh bantu saya buat delivery.

12.39 tengahari: Sahabat saya, Zini dan suaminya boleh tolong hantar, kebetulan mereka juga nak pergi ziarah.

6.42 petang: Balik kerja, singgah pasar malam Putrajaya, cari ketam. Alhamdulillah, berjaya!~

7.15 malam: Start masak..

7.45 malam: Sup ketam ready!

Siap je masak, terus solat, dan mula berkemas untuk ke Pekan.

9.05 malam: Kak hany dah selamat serahkan PD.

9.40 malam: Pass sup ketam kat Zini. Rezeki dapat jumpa baby soleh, Nawfal yang tembam dengan kakak solehah, Nasyrah yang garang dan protective!

10++ malam: Sup ketam selamat sampai ke destinasinya. Tak tahulah apa rasa sup tu. Mudah-mudahan berseleralah si pesakit makan dan semoga lekas sembuh ye. Dah sembuh boleh la jaga 'ummi to be' tu ;-)

......

Kita merancang dengan cita. Allah merancang dengan cinta. Kita hanya usaha, tapi kuasa penentu adalah hak mutlak Allah. Andai Allah izinkan, setiap yang dirancang, ia pasti berlaku!~

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


p/s: bersungguh nak buat kronologi :-D

p/s2: saya dan team misi pasca banjir dah dalam perjalanan ke Pekan. Doakan kami dapat laksanakan misi dengan sempurna, selamat pergi dan balik ye.

No comments: